Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Isnin, 26 November 2012

Penguat semangat :)

Haha. Video nih suruh senyum?
 NOpe. aku tak mampu senyum. Nak nangis adee lahh!
Btww, hayatilahh..dengan sepenuh jiwa dan perasaan :)


Silakan menonton :))))

Sabtu, 24 November 2012

Subhanallah! Semunya Indah


Assalamualaikum pembaca :)
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Subhanallah :)  Semuanya memang indah :)


Dah lama nak tulis post nih, tapi asyik tertangguh :)

Teringat waktu slot explorace Ihtifal Tingkatan 1 dan 2 yang di-conduct- oleh nuqaba' form 4, termasuk ana.

Bila adik2 sampai kat checkpoint ana..
"Assalamualaikum akak comelll.. " *bukan nak bangga (haha!)
"Waalaikummussalam , comel ke akak ?"

dan salah seorang dr pesrta cakap..
"Semua ciptaan Allah tu indah .."

Entah kenapa, tapi ana memang tersentak sangat sangat bile dngar ayat tu -
" Semua ciptaan Allah itu indah.."

Benar . kebenaran sangat terserlah kat situ
dan ana sendri tak pernah terfikir sedalam dalamnya hal tu.

Semua ciptaan Allah tu indah.
Bila cakap pasal mende tuh.. ana akan teringat satu perkara jee.
Kita selalu comment -
 "orang ni handsome", "orang ni cantik"., "ehh tak sepadan lahh pengantin nihh.."., "tak handsome lahh die"

tapi sedar tak. yang kita sedang menilai tu,a.k.a. mengutuk tu, adalah ciptaan Allah jugak ?
sedar tak mereka juga manusia seperti kita?

"Allah tak menilai hambaNya dari segi rupa, tapi dari taqwa nya"

Sebab tu bila orang tanya ana , die handsome tak? -ana akan ragu ragu nak jawab.
-tak tahu lahh .penilaian manusia, ,selalunya hanya ingin yang indah indah je.

dia mungkin tak handsome. tapi dia beragama
dia mungkin tak cantik , tapi dia merupakan wanita yang taat pada agamanya
dia mungkin tak sepadan ngan pengantin tu, tapi mereka sangat bahagia

Pernah kawan ana ltak status kat group batch :)

Bila laki handsome buat salah.. perempuan akan cakap.. "mungkin di tak sengaja"
Bila laki handsome tak datang kelas.. perempuan akan cakap.. "dia sakit kott"
Bila laki handsome tak siap homework.. perempuan akan cakap.. :dia sibuk tuu"
tapi sebaliknya..
Bila laki "kurang" handsome buat salah.. perempuan akan cakap.."itu pun tak reti ke?!"
Bila laki "kurang" handsome tak datang kelas.. perempuan akan cakap.."suke sangat ponteng kelas!"       Bila laki "kurang" handsome tak siap homework.. perempuan akan cakap.. "pemalas!"

Lihat? penilaian manusia?
Sentiasa melihat pada zahir
menggunakan mata kepala, bukan mata hati..

Sebaik-baik penilai adalah Allah :)

Setiap kejadian yang Allah jadikan atas dunia ini ada kegunaannya. Allah tak jadikan satu perkara itu sia-sia. mesti ada kegunaannya. Begitulah manusia. Kita memang tak sempurna. Sebab itu lahh kita dijadikan berpuak-puak untuk saling melengkapi.

Yang kaya ada untuk menolong yang miskin,
Yang kuat ada untuk menolong yang lemah,
Yang berilmu ada untuk menolong yang jahil,
Yang sihat ada untuk menolong yang sakit,
Yang aman ada untuk menolong yang kucar kacir..

dan tidak lupa..

lelaki dan perempuan itu ada untuk saling melengkapi :)
saling melengkapi :)


Jadi, beringatlah, setiap perkara yang dinilai kita itu semuanya ciptaan Allah. Segalanya hak milik mutlak Allah.
Tiada satu pun yang datang dari manusia. Manusia cuma berusaha, tapi penentu segalanya adalah Allah. :)

Setakat tu jee perkongsian yang tak seberapa nih :)

 *kepada mereka mereka yang pernah saya katakan tak cantik dan yang pastinya tidak kacak, maafkan saya ;'(

zZz : anda kacak, dan anda cantik. kerna penghuni syurga itu semuanya kacak kacak dan cantik cantik belaka :)
semoga kita kekal dalam redhaNya :)



Selasa, 20 November 2012

Terima Kasih Kawan :)

Salam. Long time no see . Hehe.. Actually. I doesn't have any idea to update this blog.

So. sebagai mengisi kekosongan sajelah tangan ni gatal2 nak menaip semula surat dr seorg sahabat ana yang tercinta :) Bace je laa ek :)

Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menajadi pendampingku..
setiap kali hadir emosi itu,

Ukhti,
Ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ni,
Namun seringkali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akam ,mengerti nanti.

Ukhti,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
Doa dan tulus hati ini ..
sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,
Maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taqwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,
Ukhti,
Ketahuilah aku sentiasa di sini,
Menanti...

Dan menunggu saat dan waktu,
untuk bersama kita tarbiyyah dan fahami,
Erti perjuangan yang menuju cinta Haqiqi dan Abadi,
Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesekali berhenti,
Istiqamahlah dan tegarlah..
Menghadapi cabaran dalam kehidupan ini..

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walau kini tak seindah dulu,
Tapi ku bersyukur,
Kerana penghujungnya, impianku dan mimpiku,
Menjadi kenyataan,
dan ketahuilah,
Keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhuwwah fillah buatmu ukhti,
Gerakkan langkahmu bersama,
Doa dan harapan tinggi
agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini..

"Jadilah bunga yang terpelihara, kerana mahligai syurga itulah tempatnya.. " 

-Ayuni Nadiah A.R-
 -




Saya sayang kamu kerana Allah..
Semoga kita tsabat atas perjuangan ini..
Semoga ukhuwah kekal selamanya..
 
Psst : Aku sangat memerlukan dirimu..dalam perjuangan ini..  Maaf atas segala kekhilafan diri :'(

Salam sayang : Izzati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...