Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Jumaat, 30 Disember 2011

Betulkan~

Salam! Last entry for this year.. maybe.. =.="

Hurm tadi kat fb..ternampak satu gambar..ade muslimin dan muslimat.. sekolah agama..ngan cikgu praktikaalnye..oke..ana tak nampak pun komen2 kat ats tu..yg ana nampak.. sorang "member" ana..
tulis.. "astaghfirullah"..
Ana pun tag arr nama pemilik gmbr dan sorg kwn ana..dn tulis "hehe.." tujuan nk bg diorg prsan..(nyesal xsudah aku g komen kat situ!)

okayh..xnak ckp ppanjang pasal mende kat ats tuh..nk ckp "something yg mungkin kite kurang sedar..



PANDANG PERTAMA

Kalau anda melihat gambar seorang kwan perempuan ngan seorg kawan lelaki kan..bergambar dekat2 .tak pun jarak satu sentimeter laa kan.. apa perasaan anda?
 Apakah hati anda berkata?

Sewaktu pandang buat kali pertama..anda akan melihat dngan mata kepala anda itu..anda tidak akan merasa apa2..yg anda rasa adalah.."ITU BIASA"..betul tak..?

Beberapa minit kemudian..anda ternampak gambar yg sama..anda mula tenung gambar tu..dan mula tengok dengan mata hati.. anda pun mula berkata.. Astaghfirullah..

TAK SEDAR

Lihat! Inilah umat sekarang..rasa biasa dengan segala maksiat yg berada di sekeliling..kita sedikit pun tidak punya rasa... "Ya Allah..apa nk jadi dengan remaja sekarang"..
Dalam sedar..kita menghalalkan segla maksiat2 tersebut berlaku di sekeliling kita..Betul tak?
Bila di alam maya ini..apabila kita melihat gmbar yg sedemikian ..selalu nya kita akn berkata . "xpe lah..itu hak die nk ltk..gmbr tuh..kat luar aku xde kuasa nk tgur..aku xleh kacau"

Okayh..sbenarnya..dakwah tu tak tetapkan tempat dan masa bukan? so..kenapa kita biarkan?
Sebabnya..
Kita dah lali dah tngok semua bnda tu..itu yang masyarakat sekeliling buat sekarang..
tak kenal erti malu..hukum Allah dipermainkan..hukum Allah hanya teori yang dipelajari..bukan utuk diamalkan..
tringat cerita "utusan Ilahi" kat tv3 tadi..ade satu babak tuh ..ade ceramah kat masjid..

"Remaja sekarang bangga menunjuk -nunjuk yg mereka berzina..dihebohkan agar satu dunia tahu.."

Itulah sedikit2 ayt yg ana ingt..
Hurm..teringat satu hadis nabi gak..

"Setiap umatku (boleh) diampunkan dosa-doasanya, kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan satu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedangkan Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba2 dia mendedahkan dosa itu seraya berkata : "Wahai fulan semalam aku lakukan itu dan ini.." Maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang  (sebelum ini) menutup keaibannya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Faham kan ayat ni? Sedar tak sedar..banyaaaakk sangat dosa kita yg kita dedahkan kat org lain.. dan kita berbangga dengannya.. kite rasa "syok" bila org "like" gambar2 tersebut..

Kenapa? Suka apabila mendapat perhatian ramai?
Tidakkah perhatian Allah itu lebih bernilai?
So..kawan2 yg disayangi sekalian.. beringatlah selalu. kita tak tahu bila kita kan pergi meninggalkan dunia yg fana' ini..mungkin esok , lusa atau dalam masa beberapa minit lagi..
Gambar2 tu..lepas kita mati..org akan still tgk.. dan tgk..dan itu lah "bekalan" dosa berterusan yg kita bawa ke SANA nanti..
Nau'zubillah..

Maka..ucapkanlah..
Astaghfirullah..lafazkan kalimah taubat padaNya..
Semoga kita bukan dari golongan yg sedemikian..
Jika sebslum ini ada gmbr yg berikut di letakkan di alam maya ini.. buanglaa agar ia tak menjadi fitnah kepada kita..
Semoga Allah melindunngi kita dari sifat2 yang keji..
InsyaAllah..

Dari Hati yang masih Mencari..

zZz: Betulkan yang biasa..biasakan yg betul.. :)
Pesana buat diri jua <3

Selasa, 20 Disember 2011

Jom Selamatkan Akidah!



Jom dengar nih!
Best arr lagu dier..
By the way..kite kene bagi perhatian..
Semoga semangat kiter nk tgakkan ISLAM tuh meningkat lps dgr lagu nih.. =)

NIh liriknya..

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie 



Dari Hati yg masih Mencari..

Isnin, 19 Disember 2011

Fantasi ---> Realiti..

Terbang mencari..
I****I I****L..
Semoga dpt 9A PMR n akhlak terpuji
Insya-Allah .. ameen!!!

Assalamualaikum warahmatullah..Terlebih dahulu akk nak minta maaf kat awak atas segala kesalahan yang sengaja akak buat atau tak sengaja..
.......
.......
Pentarbiyahan di SMAPK banyak dugaan.. Ingatlah..setiap dugaan itu datang dari Allah..setiap sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya .. Ingatlah sekali kita tolong agama Allah 10 X ganda Allah bantu urusan kita. Yang penting kita sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam melakukan kebaikan. Banyakkan berdoa pada Allah kerana sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.. Yakinlah dan bergantunglah pada Allah diselangi dengan usaha dan tawakal . Matlamat kita bukan hanya nak dapat straight A+ dalam exam..tapi lebih daripada itu..mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat.. dan jangan lupa cuba baikkan orang lain juga. Bukan nya solehah sorang2..bahkan jadi muslih jugak okeyh. Akak harapkan ukhuwwah yang kita bina berkekalan sehingga ke liang lahad. Akak sayang awak kerana Allah.. Buat yang terbaik dalam exam..Score yang terbaik.. Jangan lupa doakan akak jugak tau, 11A+ 100% dan akhlak terpuji serta dikurnaiakn jodoh yang soleh.. Semoga hidup awak dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah..InsyaAllah...ameen..

yang menyayangimu..
**** *******
08112011

Hah! hehe..sajer nak kongsi mende kat ats nih...mula2 baca atas bas..xde perasaan.. sedih jer..sbb rindu.. baru2 nih..Alhamdulillah..Allah bukak hati suruh bukak balik kad yang diberi..banyak pesanan berharga yang beliau sampaikan.. Antaranya..
  1. sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya..
  2. sekali kita tolong agama Allah 10 X ganda Allah bantu urusan kita. Yang penting kita sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam melakukan kebaikan..
  3.  Banyakkan berdoa pada Allah..
  4.  Yakinlah dan bergantunglah pada Allah diselangi dengan usaha dan tawakal..
  5.  Jadi anak yang solehah..sentiasa doakan ibu dan ayah..
  6. Jangan lupa cuba baikkan orang lain juga..
 Apa yang baik..ambil dan sematkan dalm hati kemas2 okeyh! Apa yang ana impikan..ana dapat jadi sebaik insan yang menulis surat diatas.. beliau model terbaik yg pernah ana kenal sepanjang kehidupan di sekolah.. dunia di tangannya..tapi akhirat tersemat rapi di hatinya.. pegangannya cuma satu.. "Lakukan segalanya kerana Allah.."

Semoga impian bukan sekadar impian..tetapi menjadi realiti kehidupan..
"wish to be **** junior.. "
Semoga diriku terus berada di jalanNya.. InsyaAllah..

Salam ukhuwwah.. sayang akk kerana Allah!!

Ahad, 18 Disember 2011

Aku Bukan Insan Terpilih?

Aku nih insan terpilih ker??
Salam..!! Jumpa lagi!!
HUrm..bila berbicara mengenai "I-n-s-a-n--t-e-r-p-i-l-i-h"
owh..what's in your mind??
takpe2.. sila simpan idea anda..mohon baca apa yang ana nukilkan kali nih~

"INSAN TERPILIH"
insan terpilih mcm mana ana maksudkan?
hurm..yg ana maksudkan kat sini.."NAQIBAH"..

ana terdetik nak tulis post nih.. lps sorg kawan ana yg ana rpat gak..comment kat fb..
bunyi die cm nih.. "kalau ana baik dah lama jadi naqibah.."
erk~ hah! ana nak tnya pembaca..
betul ker mcm tuh?? jujur..ana sememangnya xsetuju ..

jadik seorang naqibah nih..bukan seseuatu yg boleh dibanggakan..
ia satu amanah yg sangat besar..
memang..bila kita berada sesama kita..kita selalu dgr ayat2 yg menyatakan kita nih..
"insan terpilih"
"Allah dah pilih awak untuk bawak kerja2 dakwah nih"
yup! btol..
tp korang tau kan..jadik naqibah tuh banyak gak tekanannya..
nampak memang seronok..
tapi..biasanya..indah khabar dari rupa bukan?
xsemestinya org yg tersenyum tuh hati die x menderita kan?

jadik naqibah pun ade kebaikanyaa jugak..xjadik banyak jugak..
bile jadi naqibah..kite akan rasa sedikit "terkongkong"
tapi..sebab "rasa" tuh laa..yg akan membntuk diri kita..
jadi seseorang yg baik..
jadik someone yg bole jadik qudwah hasanah..
sbb tuh amanah..
dan kite selalu diingatkan..dgn ayat2 Allah..
"Kenapa kamu mengatakan sesuatu tetapi kamu tidak lakukannya??"
itu memang kelebihan jadik naqibah nih..
tanyalaa mana2 naqibah pun.. InsyaAllah diorg akn cakap mcm tuh..
tp an..kepada yang bukan naqibah tuh..cube korang fikir balik..
bukan ker korang lebih bertuah??
bila korang nak berubah.. korang terus berubah kerana Allah..
bukan sebab.. "aku ni naqibah"
bile korang xjadi nak buat sesuatu kejahatan..
bende first korg fikir.."
xleh..nanti berdosa..aku muslim"
bukannya.,, "Aku nih naqibah"..
korang buat semua bnda..trus kepada niat yg sebenarnya!
kerana ALLAH!
korang xkan fikir "aku berubah sbb naqibah"
betul x?? inilah dilema..
bile ade "title"
bile orang label kite dgn cop "NAQIBAH"
kejam gile gambar nih..haha..(editsndiri~)

buat salah sket..org marah..
buat salah sikit.. orang pertikai..
buat salah sikit.. "nih ke naqibah?"
wooo! banyak kena tekan maa..
ingat naqibah nih malaikat ape? 
kitorg pun manusia gak laaa..

so..xbahagia ker dgn kehidupan korang??
fikirlaa..korang terselamat dari fitnah..
korang terselamat dari cacian..
korang terselamat dari menyulam niat utk lakukan sesuatu bukan kerana Allah..
kite same2 insan terpilih..
saye dan awak xde beza..
naqibah tuh cuma "title" utk kite lebih rasa tanggungjawab menyampaikan dakwah ..
padahal ..kite sendiri tahu..
"MENYAMPAIKAN DAKWAH TANGGUNGJWAB SETIAP MUSLIM"
hah! bnde nih belaja dalam matapelajaran pendidikan ISLAM menengah rendah kan?

so..kite masing2 ade kelebihan sendiri..
so..kepada naqibah2..jadiklah diri sendiri..
mungkin mula2 kta rasa kite brubah sbb naqibah.
tp truskan ..sbb lama2 kita trbiasa..dan kita akan lakukan smua krn Allah..
ini jalan terbaik yg Allah dah tetapkan untuk kite..

kepada yg bukan naqibah..
ini jugak jalan yg terbaik yg Allah dh takdirkan utk korang..
korang lebih mudah utk menyemai keikhlasan dalam diri korang...
Jadik..kite same2 I-N-S-A-N-T-E-R-P-I-L-I-H..
banggalah dengan diri masing2..
ingat..
"Allah tak bagi semua yang kita NAK..tapi DIA bagi semua yang kita PERLU.."
sesamelah kite muhasabah diri..

..Dari Hati yang masih Mencari..
(sajer nak berceloteh~)
percaya pada diri!
zZz : waktu tulis nih..teringat kat PKU SMAPK 2011..Kak Huda Nabilah..harap dapat jadik seorang KHALIFAH dan DAI'E  seperti beliau..

Isnin, 12 Disember 2011

Kerna Kita Hanya Tahu~




Yup!
Sebab kita cuma tahu..
nih ape yg membuatkan ana terdetik nak tulis post kali nih..

Ramai yang bertanya saya akan masalah itu dan ini.
Kemudian, bila saya berikan solusi, mereka berkata:
"Itu dah tahu. Ada tak yang
lain?"
Saya kata: "Tiada. Itulah dia."
"Lah, biasanya. Itu saya pun tahu. Kenapa saya masih bermasalah?"
Nak tahu kenapa?
"Mudah. Sebab kamu tak buat. Kamu hanya tahu."
-Hilal Asyraf-

Manusia..selalu mcm tuh..
kita dah tau..tapi..tnya lagi..
Hurm..nak senang..kita ambill contoh diri sendiri..
ana selalu jumpa senior..utk mintak "sedikit' nasihat..
utk jadik bekalan dalam hidup ana..
mcm tuh gak time last day kat skola..
ana jumpa kak huda, kak mai, kakmasyi, kak izyan n kak lily..
juz nak mintak "last word" dr akk2..

tp..
kebanyakannya..semua sama..
"lakukan segalanya kerana ALLAH"
"Allah tu baik"
"letak kepercayaan dekat Allah"
dan lain2..
yup..bnde yg same..
yg selalu ana dgr..sepanjang hidup kat satu tmpt yg bernama..
SmapKajang..

tapi..sejauh mana ana hayati smua tuh bila pertama kali "bnde2 ; tuh sampai kat otak ana?
tak..sikit pun ana xhayati..
cuma masuk dalam otak..simpan..tp xfaham..
walaupun pada hakikatnya..ana boleh faaham..
yelah..akk2 tuh ckp bahasa melayu gak..bukan ckp bahasa keling~

so..itulah manusia..sbb tuh kita kena sering dingatkan..
selalu kena diberi tazkirah..
sbb kita selalu lupa..
dan sebenarnya..kebanyakannya..benda2 mcm nih kita xlupa..
tp kita cuma simpan..tanpa mengamalkannya,,

kita ckp.."hati xtenang lah .."
tp kita tahu.."hanya dengan mengingati Allah..jiwa kan menjadi tenang"
kita ckp.."asl aku xleh bgn qiyam hah?"
tp kita sedar..perkara yg patut kita lakukan..
"amek wudu' sbelum tido..baca 3qul dan lain2.."
kita xbuat pun..
so..
nak bgn qiyam amendenye..?? da muhasabah byk kali pun.
xsedar2 gak mende2 tuh..
sbb kite MALAS..kita malas nak buat bnde tuh..
yg kita tau..nk senang..
sbb tuh bile org bg jalan penyelesaian.
kite ckp "alah da tau lah.."

so what?
hey! ilmu tanpa amal xguna lah..
so fikir laa..ape guna ilmu yg kite belajar selama nih..
kalau bukan utk dipraktikkan??
teori semata-mata xberguna laa kalau xamal..

so..fikirlaa..
sebenarnya..kebanyakan masalah..kite boleh atasi sendiri..
kita tak perlukan orang lain pun utk bantu kita..
cukuplah Allah dalam hidup kita..
kita dah tau byk jalan penyelesaian..
kita cuma perlu meluangkan masa sekejap jerr..
utk berfikir..
carik..apa yg iman sedang bisikkan dalam hati..

pernah..ana tnya sorg senior ana yg selalu ceria..
"Kenapa akk selalu ceria jer eh? xpernah tgk akk marah pun?
saya tahu,,kita kene ingat Allah..tp..mcm mana nk jadi mcm akk eh?"
"itulaa..memang mcm tu jalan penyelesaian nyee..
kite tahu yg masalah2 tuh Allah yg bagi.. so..kat Allah jugak lah kita mengadu dan mintak jalan penyelesaian.."

dan kata2 tuh..ana pegang sampai sekarang..
ana pun masih bertatih utk mengamalkannya
so..kepada pembaca,,
jangn hanya sekadar tahu.. tapi buat!!
jom sama2 jadikannya knyataan!
okeyh!!

Dari Hati yang masih Mencari..



Selasa, 6 Disember 2011

S.E.N.I.O.R.I.T.Y ---> Perlukah??


Salam ukhuwwah!
Hah! Kali ni ana nak cakap pasal seniority..
Hurm..utk budak2 asrama..
mende tu ADAT..
yang diturunkan turun temurun..

Hurm..agak2..penting ke "seniority" nih??
Kalau kata penting..kat mana kepentingannya??
hurm..ana teringat satu "conversation" antara ana dgn sorg kawan ana nih..

"*Kan bagus kalau skolah kita nih seniority kuat"
Ana balas (#)
"#Best?? Asal lak?? Ada senority lah xbest"
"*okeh..cuba anti bayangkan klu skola kita ade sniority..msti smua org dgr ckp akk2..
smua org takut nk bantah..smua ikut.."
smbungnnya..ana xingt.. sorry =)

Hah! "kukuh" sgt lah klu bg jawapan cm tuh..!!
kat smapk..memang seniority tuh xde..klu ade..sikit jer laa..
bg ana..itu satu mende yg baik..
tp mostly org kate..bile seniority nih xde..timbul masalah lain pulak..
"hilang hormat kat senior"
aduhh..masalah2..

hurm..ana cukup xstuju bile sesebuah skola tuh ade seniority..
tambah2 kalau2 seniority kat skola ana diwujudkan semula..
cuba baca nih..

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Hadis kat atas tuh..mcm mana kite nak realisasikannya
klau seniority masih wujud??
terpisahnya satu batch dengan baTch yg lain..
hanya disebabkan satu perkataan yg xde manfaat langsung..
-->seniority<--

klau kite xhapuskan seniority tuh..
macam mana kita nak bentuk satu UMAT..
yang boleh tegakkan ISLAM??

kite ambil contoh dalam satu skop yg kecil..
dari soal kepimpinan di sekolah..
kalau senior yg pentingkn sesangat seniority tuh..
xdenye die akan tolong junior utk turunkan ilmu ape2 dalam soal kepimpinan..
klu kat smapk..klu akk2 yg rajin dtg jumpe nuqaba' kat skola time hujung minggu tuh..
fikir pasal seniority..
dah xde dah "pertalian" atau "ikatan"
yg gerakkan hati diorg nk dtg bg pengisian kat pemimpin2 masa depan smapk nih..

HAH! Cube fikir..klau kite xleburkan smua tuh..
macam mana nk wujudkan "ukhuwwah islamiyyah" yg disyorkan oleh ISLAM tuh??
mcm kite nk wujudkan satu gerakan yg mengumpulkan seluruh umat ISLAM
utk menentang musuh2 ISLAM..
dan taat kepada satu pemimpin dengan rasa penuh ikhlas ..
kepada seorang pemimpinyg ingin benar2 bangunkan ISLAM??

KALAU KITA TAK MULAKAN DARI SEKARANG..
BILA LAGI??
nak tunggu dunia kiamat...baru kalut nak buang rasa "bongkak" dan "ego" dalam diri tuh??
Hey kawan! fikirlaa untuk masa depan ISLAM..

Mende nih sbnrnya penting..
bg ana..sape yg pentigkan "gile" senority tuh.. die xfikir apa erti ukhuwwah yg sebenarnya..
die cuma fikir diri sendiri..
die tak dapat hayati apakah sbenarnya yg dikatakan ukhuwwah islamiyyah..
lagipun kan..bile wujud seniority nih kan..
kite hormat kakak2 atau abg2 tuh bukan sbb hormat..
tp sbb takut..nak bg salam pun jadik x ikhlas..btol x??

dalam satu hadis Rasulullah..
Baginda ade bersabda bahawa..
salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat
kelak..ialah dua orang pemuda yg berkasih sayang kerana Allah..
so?? tunggu apa lagi??
masih nak nafikan dan mengatakan..
""SENIORITY ITU SATU BENDA YANG BAGUS""??
yang terang lagi nyata..hanya menyebabkan kita berpecah belah??

Jom! kita hapuskan seniority..
Ayuh! kita bentuk satu kesatuan ummah yg boleh menentang musuh2 Allah..
tambah2 ..sekarang dgr2..dah ade kumpulan murtad M'sia and S'pore
kalau kite xcuba kumpul kekuatan dari sekarang.bile lagi??
so..JOM!! LEBURKAN SENIORITY!!
(semangat nih!!)



p/s: nih cuma pandangan ana..kalau ade yg terasa maaf dipinta =(
Renungkan ayat Al-Qura'an di bawah..

Ada Baiknya..

Hurm..dah baca ayat kat atas tu.. ??
Ayat ni ana ambil dari satu kesimpulan cerita dalam majalah solusi.. something yg perlu kita fikirkan sbenarnya..

Cerita die lebih kurang camnih..
Wujud seorang lelaki yg cacat tangan, kaki dan mata..
tapi dia seorang yg sgt brjaya..
seorang kanak2 lelaki bertnya..
"encik tak rasa susah ke bile xde kaki, tangan dan buta mata"
"o0o0..xlaa..sebenarnya ia satu kelebihan bagi saya" jawab lelaki tuh,
'apa yg lebihnya encik dari orang lain??"
"Allah tidak mengurniakan tangan kepada saya supaya tidak boleh berbuat perkara jahat dengannya"
"Allah juga tidak bagi saya kaki dengan itu saya tidak boleh pergi ke tempat2 yg boleh buat maksiat"
"Allah juga butakan mata saya..dnegan itu..saya xkan melihat perkara2 yg haram bagi saya"
budak laki tu pun terkedu dan xtau nak jawab apa2..

Kisah nih kiter da selalu dgr kan??
Sebab tuh..
lebih ramai org yg buta nih..lebih celik ..sbb diorg buta mata tapi xbuta hati..
diorg bersyukr dgn apa yg Allah bagi kat diorg
dan manfaatkan mende tu sebaik2nya..

Tapi kita..?? sbaliknya kan??
erm..ayt kat ats tuh..boleh jugak kite kaitkan dgn ayt
"everything happen for a good reason"..
sbb..klu kita carik hikmah die ..msti kita akn tgk smua bnde dlm bntuk positif an??


contohlaa..
otak kita lmbt sket nk "pick up" ilmu dlm kelas..
org nmpak itu sbagai kelemahn pada diri kita..
tp..klu kita "tukar" kan kelemahan tu kpada kelebihan..
kita akn fikir..
"owh..ini sbagai satu jalan utk aku usaha betul2..sbb Allah x tgk natijah..tp Allah nilai
usaha..aslkan ikhlas..""

Hah!
Ade mende nk nafikan??
tak kan?? so..dlm khidupan..
kita xpernah senang..
dlm waktu kite bersenang-senang tuh laa..mcm2 "obstacles" akn menerpa..
ape kate..dlm waktu kite ksulitan tuh..kita "tukar" kepada mende yg positif..
confirm! hati kita akn tng..

memang mende nih senang nak ckp..
tp payah nak buat..
tp xpe..kite cube sikit2 okeyh??
nothing impossible right??
ask the strength from HIM.. The Almighty..
InyaAllah He will show the way.. =)

Dari Hati yang masih Mencari..

Khamis, 1 Disember 2011

Hipokrit???



Hipokrit??

Hipokrit..

Selalunya orang akan istilahkannya sebagai – “tidak menjadi diri sendiri..”

It’s that true?

-Bila budak sekolah agama pakai tudung pendek kat sekolah..x tutup aurat ngan sempurna..

–Bila pelajar agama xnmpak langsung nilai “agama”..bila kat luar sekolah..

–Bila kita cuba menjadi org lain krana nk ikut jd contoh..

Semua org kata budak agama ni hipokrit..Semua org kata apabila kita “ikut2” ..kita ni hipokrit..

Hurm..Berbalik kepada definisi sebenar “HIPOKRIT” itu sndiri..(cewah…cam forum lak..hoho)

Ana teringat akan satu tazkirah yang disampaikan oleh senior ana.. – KakAtiah..

Pada satu petang macm biasa..sesi Ta’lim petang diadakan di aspuri SmapK..ada seorg akak bg tazkirah..ana xingt tzkirah apa..tp yg pasti nya kesimpulannya – “Jadilah diri sendiri..jangan HIPOKRIT!”

Pada satu malam..kak Atiah bg respon pasal “kesimpulan” tazkirah tu..

Berbalik kepada istilah “hipokrit” yang selalu kita gunakan tu..

Hurm..apa hakikiat sebenar kita sebagai manusia..

Yes!! That’s it!! I know you can answer it!

Soalan biasa..betul tak?? Terutmanya kpd budak skola agama… semestinya jawapannnya..

Sebagai seorag ABID dan KHALIFAH..ana nak sntuh sikit pasal ABID ni..

Menjadi seorg abid adalah perkara yg wajib kepada setiap manusia sebenarnya..kerna semua agama punya TUHAN..kecuali kepada mereka yang ATEIS..(itu diorg yg tak pecaya TUHAN..) dan mnjadi tugas kepada setiap hamba untuk mentaati TUHANNYA dalam setiap agama..setahu ana..xdelah pulak ana pernah dengar yang ada agama yang menyuruh penganutnya mengingkari apa yang diperintah oleh TUHANNYA..yg ana tahu TAAT!

Dan apabila masuk soal TAAT..semua agama menyuruh kita melakukan perkara yg baik..hasan..betul?? dan sudah menjadi FITRAH manusia juga..kita sebenarnya sukakan kebaikan..betultak?? Kita selalu dengar org kata..baca dlm novel.. “Sejahat mana pun org tu..dalam hati dia mesti ada secebis kebaikan..” mesti selalu dengarkan??

Nampak tak yang ana besarkan perkataan FITRAH kat atas tu?? So,,apa kaitannya antara FITRAH, ABID, dan HIPOKRIT..???

HAKIKAT seorang manusia adalah sebagai seorang ABID..dan tugas seorang ABID adalah menTAATi TUHANNYA..yakni ALLAH..dan menjadi FITRAH setiap manusia ..suka akan keBAIKan..

Setiap apa yang diperintah oleh ALLAH tu punya kebaikan tersendiri betul?? Tutup aurat, jaga maruah diri, tak boleh mendekati zina..dan bannyyyaakkk lagii!!

Cuba kita fikir balik..kalau kita ‘llibatkan” diri kita dalam semua benda tu..kita mesti dapat “kesan” nya yang tersendirikan?? Kebanyakannya..kat dunia pun kita dah tau apa kesannya..tapi..kita buat jugak.. sebab.. kita tenggelam dalam gejolak nafsu kita..

contohnya.. ZINA!! Bila kita buat zina..kita mungkin akan dapat HIV.. kalau tak pun.. permpuan akan mengandung..then jadilah pembunuhan danpembuangananak..si ibu dh dapat dua dosa..zina..pastu bunuh anak.. kalau tak pun..anak tu lahir..jadi anak luar nikah ..smpai bila2..anak tu org pandangs erong..fuhh~..kesan yang berpanjangankan??

Sebab tu kita kenasentias berfikir tentang hakikat kita sebagai seorg abid..adakah dengan TIDAK MENJADI DIRI SENDIRI ITU (sebagai seorg abid)..kita tidak dikira HIPOKRIT?? ADAKAH KITA TIDAK MENIPU DIRI SENDIRI..??ADAKAH APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MAKSIAT (KEJAHATAN) KITA TIDAK MELANGGAR FITRAH KITA YANG SUKA AKAN KEBAIKAN?? ADAKAH ITU SEMUA ITU TIDAK DIKIRA SEBAGAI PERKARA YANG HIPOKRIT??????

Tu je sbenarnya ana nakc kp pasal HIPOKRIT ni..XDE APA2 PUN..

Just nak minta kita semua buka mata..buka minda..buka hati.. (open ur eyes..ur hearts and mind..-maherzain!) Bukan budak sekolah agama aje yang HIPOKRIT..tapi hamper semua daripada kita.. (tapi ana bukan niat nak bela budak skola agama.. okey!~)

Fikir2kan semula apa yang senior ana nih cakap..ana pun ingt bnde ni..sbb ia benar2 terkesan di hati.. harapnya pembaca faham apa ygana nk smpaikan ni ye..

So..tu jer..tepuk dada tnya iman…

Dari Hati yang masih Mencari..

Jumaat, 26 Ogos 2011

Mencari Keikhlasan..



"Seseungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat. Dan bagi setiap individu akan mendapatkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulnya maka dia menuju kepada Allah dan rasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada dunia kerana ingin memperolehnya, atau wanita kerana ingin dinikahinya maka dia menuju kepada apa yang dihijrahkan."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Setiap amalan itu dinilai melalui n
iat" ..ayat biasa yang kita selalu dengar bukan? Yup..benar.. setiap amalan bergantung kepada niat.. dan niat itu bermulanya di hati.. dan dari hati itu lahir keikhlasan dalam beramal..

Ikhlas ..satu perkara yang amat sukar untuk dicapai oleh semua manusia.. Ia bukan dihitung dari banyaknya amalan kita yang dikerjakan..mahupun dari lafaz " Ana ikhlas bantu anti" .. Tak..segalanya bermula dari hati.. Dalam hadis di atas juga menerangkan bahawa kita akan dapat kepada apa yang dihajatkan.. Jika niat kerana Allah..maka pahala lah bagi kita..dan jika kerana dunia..maka dunialah ganjaran kita..

Hidup kita kekadang penuh dengan amal..tapi sejauh mana keihklasan kita dalam melakukannya..Ikhlas itu sukar..kalau kita fikirkan bailk..dalam setiap amalan kita..selalu sahaja niat kita berubah arah ..dan diserang oleh satu penyakit yang berbahaya iaitu RIYAK!! Cuba selami kembali niat kita dalam melakukan sesuatu perkara..

Kita menuntut ilmu..
Adakah kerana Allah?? Untuk bangunkan Islam satu masa nanti??

Kita membantu ibu ayah..
Adakah kerana suruhan Allah..atau sekadar tidak mahu mendengar bebelan ibu??

Kita mengerjakan solat..
Adakah kerana mengharapkan redha Allah..atau sekadar mahu memenuhi kewajipan??

Kita melaksanakan sesuatu amanah..
Adakah niat kita kerna menagih kasihNya??

Tepuk dada tanya iman..apakah niat awal kita sebelum meakukan sesuatu..kekadang..kita buat sesuatu pun tanpa niat.. tapi kita kena ingat ..bukankah sesuatu perkara kebaikan itu andai diniat kerna Allah itu dikira sebagai ibadah?? Dan kita peroleh pahala??

Dalam setiap perkara yang kita lakukan.. intailah dahulu apa yang kita fikirkan. Pastikan nawaitu kita ikhlas dan matlamat kita jelas..Pada pandangan ulamak, mereka bersepakat menyatakan ikhlas itu dalam tiga bentuk..

1. Apabila kita melakukan sesuatu kerna mahukan pahala atau syurga Allah..
2. Apabila kita melakukan sesuatu kerna ingin menjauhi dosa atau neraka Allah..
3. Apabila kita melakukan sesuatu kerna tagihkan redha Allah..

Sesiapa yang amalannya dimulakan dengan salah satu daripada niat di atas.. InsyaAllah..dia akan mendapat ganjaran dari sisi Allah..

Oleh itu, belajarlah untuk ikhlas..kerna ikhlas itu kunci segala amal.. tnpa ikhlas.. amal kita sia2..pahala tak dapat..yang dapat hanya penat dan lelah..


Saidina bin Ali Talib berkata..
"Orang yang bersifat riyak itu mempunyai beberapa tanda: malas kita bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan ramai, menambahkan amal kebakian apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tidak diambil peduli"







Sekadar perkongsian dari seorang hamba Allah yang mencari redha -Nya..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...