Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Jumaat, 8 Jun 2012

Bersyukur, Bukan Kita :)

Sakit tau kalau jatuh!

"Jangan gelakkan orang yang jatuh, sebaliknya bersyukurlah kerana bukan kita yang jatuh "

Okayh! Ana suka ayat ni. Sebab die ade tampal kat dalam tandas muslimat n depan tandas dorm ana.
Haha! Bukan itu sebab utama. But, Ana amek masa yang agak lama untuk fikir n adapt ayat ni dalam kehidupan ana :)

Again.
-Jangan gelakkan orang yang jatuh, sebaliknya berSYUKURlah kerana bukan kita yang jatuh - 

Yup! Betul !
Tapi..kita boleh je "ubah" ayat ni ..jadi macam2 bntuk lagi..

Kalau ade orang kata..
"Ishh..amende laa.pakai dedah sana ..dedah sini.. tak malu ke haa?
Cuba jawab..
"Jangan asyik mengata org lain.. bersyukurlah kita ngan family kita tak macam tu..

Kalau ade orang kata..
Die tu harap jee muka cantik..akhlak xelok langsung..*bajet gile~
Cuba kata..
"Bersyukurlah rupa kita ni biasa2 je.. Alhamdulillah kita tak macam dia.."

Itulah antara contoh yang tak seberapa :)
Kalau kita nmpak kekurangan dari seseorang , cuba kita jangan mengutuk die..
Dah kalau kita tak mampu nak ubah die, kita senyap je lah kan. MUngkin die bukan org yang kita kenal or orang awam. Tak kan tiba2 nak pi terpa kat dia berdakwah kowt? Kite pun takut nk buat.

Muhasabah diri semula :)

Langkah mudah : Bersyukurlah kita tak macam tu =.=" :)

Selalunyee kita tak tahu kenapa die mcm tu kan? Kita tak tahu asbab2 nyee..
Jadi. senyap. dan berdoa dia akan berubah satu hari nanti.

Cuba kalau kita berada di tempat die. Mungkin same je kite ngan orang tu.
Mungkin pembaca boleh baca artikel ni :) from: abg fasi dr Darul Qura'n :)
Artikel ni cerita , yang apa rasanya kalau kita berada di situasi yang kita sendiri terperangkap dengan dosa?

Mudah untuk kita cakap.. "Mereka patutnye mcm nii.. tak boleh macam tuu.. "
Tapi.. once kita merasai pengalaman berada di tempat mereka.. kita sendiri tak tahu nak buat ape2.
Maka, Bersyukurlah andai kita tak pernah merasai melakukan satu dosa itu. Kerna Allah menjaga kita :)
Teruskan berdoa supaya Allah terus menjaga kita :)

Akhir kata, bersyukur, atas segala ketetapan Allah yang baik2 kat kita. Andai tak baik, cuba untuk memperbaikinya. :)

Bersyukur :) Alhamdulillah :)
zZz : Kita dikurniakan dua mata. Satu untuk melihat kebaikan orang lain. Satu lagi untuk melihat kekhilafan diri sendiri :) *spek tak kira ea ! :)

Sabtu, 2 Jun 2012

Karpet Merah Sekadar Mimpi



.......
.........
...........

Kita adalah manusia yang sentiasa berada dalam pencarian. Terkadang kita teraba-raba dalam kegelapan. Terkadang ada cahaya yang datang menyuluh jalan, dan itulah yang kita katakan kehidupan. Abang pasti dirimu dapat mencerna makna yang tersembunyi. Carilah cahaya itu.. cahaya yang terbit dari agama Ilahi..

 Perjuanganmu masih panjang dan berliku. Jika dalam benakmu tertanam keyakinan bahawa ada hamparan KARPET MERAH dalam perjalanan hidup seorang penegak kebenaran , buanglah pemikiran itu jauh-jauh sehingga tidak terkesan lagi oleh pandangan mata.

Kita akan terus diasak dengan pelbagai cabaran, halangan dan penderitaan . Andai imanmu rapuh dan semangatmu terbang, tanyalah dirimu kembali. Apakah yang kamu santap untuk rohanimu? Sempurnakah ibadahmu? Ikhlaskah hatimu berdakwah di jalan-Nya ? kamu berada di jalan ini atas sebab Tuhan atau manusia? Soalan-soalan ini menagih jawapanmu ..

Perjuangan menegakkan agama Allah menuntut pengorbanan. Cuba selak lembar sirah nabi . Betapa hebatnya dugaan yang ditempuh baginda saat ingin menyebarkan kebenaran Ilahi. Baginda dilempar najis , disakiti, dituduh gila dan pelbagai perkara buruk lagi. Apakah mungkin jalan yang kita tempuh kini seteruk dan sedahsyat itu? Soal imanmu.. Soal bertalu-talu.

Namun, beringatlah. Fitnah sering dilemparkan pada manusia-manusia ANEH seperti kita. Ya, aneh pada pandangan manusia yang tidak mengerti makna perjungan. Abang pernah disuntik dengan kata ini oleh sahabat yang berada di Palestin.. "Tiada sesiapa yang akan membuang kita dari jalan dakwah kecuali kita sendiri yang tewas dengan tekanan dari manusia. Cukuplah hanya Allah sebagai saksi perjuangan kita"

Sungguh jelas kebenaran yang terbias dan abang yakin kamu juga pasti menhulurkan persetujuan. Cukuplah ayat2 Allah yang menyembuhkan luka-luka perjuangan. Cukuplah Allah bersamaku....

di credit - Kuntum Cinta di Taman Syurga : PTS :) 

Bayu dakwah perlahan-lahan menyusup ke jiwa....
Jalan dakwah tak kan pernah mengenal erti suka..
tak kan pernah kenal erti "mudah"..
yang pasti..seribu satu pengorbanan itu akan dituai hasilnya di akhirat kelak... InsyaAllah..
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...