Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Jumaat, 19 Mac 2010

Diam itu Lebih Baik..


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label
'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?
"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang
.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan
diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

di cheap-lak dari iluvislam.com

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul



26/02/2010
tags:
by Abu Umair

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.


Sumber:iluvislam.com


FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa



Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnnya.

Khamis, 18 Mac 2010

Allah Maha Besar!! Kisah Memerang..



Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm..kali ini ana nak berkongsi mengenai satu ciptaan Allah yang begitu hebat..
Ana dapat niy dari buku Ana Muslim..

Untuk pengetahuan semua.. memerang merupakan satu mekhluk ciptaan Allah yang begitu hebat berenang..perenang yang hebat la..senang kata..

Memerang ialah sejenis mamalia yang mempunyai gigi dan kuku yang kuat. Kulitnya bewarna perang tua manakala bulunya halus dan lembut. Muncungnya berbentuk perisai dan dilitupi bulu.

Allah S.W.T. menjadikan memerang mahir berenang sebaik sahaja mereka dilahirkan. Memerang merupakan perenang yang hebat kerana memiliki kaki berselaput untuk menolak air dengan mudah. Ekor yang leper bertindak sebagai sirip. Telinga dan hidungnya dapat tertutup rapat untuk menghalang air daripada memasukinya. Selain itu, mata memerang mempunyai gogal semulajadi untuk melihat dengan jelas di dalam air.

Info!!
Memerang akan membasuh makanan setiap kali sebelum makan.! (kita basuh x??..he3..)
Sumber: Majalah Ana Muslim

Teriakan Ummu Aiman


Sekarang, kita dengarkan sedikit kisah tentang Ummu Aiman iaitu hamba kepada ibunda Rasulullah S.A.W.

Pada awalnya, Ummu Aimna bt Tsa'labah hanyalah seorang hamba. TUnannya ialah Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah S.A.W. semasa baginda kecil. Pada saat akhir hayat Aminah binti Wahab , Ummu Aiman berada di sisi Aminah. Peristiwa itu berlaku ketika Aminah menziarahi makam suaminya di Madinah. Beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Rasulullah S.A.w menjadikan Ummu Aiman sebagai ibu angkatnya dan sama sekali tidak melakukannya sebagai seorang hamba. Ketika Rasulullah S.A.W. telah diangkat menjadi nabi, Ummu Aiman memeluk agama Islam . dia dimerdekakan dan menjadi seorang muslimat.

Ketika berlaku perang Uhud, Ummu Aiman turut berangkat ke medan perang. Perang ini berlaku di antara kaum Muslimin dengan kaum Musyrikin Quraisy. perang Uhud terjadi di lereng gunung Uhud, di luar kota Madinah.

Pasukan Muslimin menerima serangan pihak musuh dari merata sudut. mereka berlari menyelamatkan diri. Ummu Aiman yang ditugaskan untuk merawat tentera yang cedera, segera bangkit. Dia mengambil senjata dan bertempur melawan musuh. Dia berteriak dengan suara yang lantang, "Hai para pengecut! Ambillah alat tenun dan menenunlah kalian bersama-sama perempuan di rumah! Serahkan senjata kalaian kepadaku, biar aku yang mara ke medan perang untuk menggantikan kalian!"

Ummu Aiman terus bertempur sambil berseru. Tentera Muslim yang lari itu berasa malu kerana telah lari dari medan perang. Padahal, mereka berperang membela agama Allah S.W.T. Bagi mereka yang gugur, disediakan pahala syurga di akhirat nanti. Lantas , mereka berpatah balik, kembali bertempur menghadapi musuh. Semangat mereka bangkit selepas mendengar teriakan Ummu Aiman.

Kesimpulannya, kita hendakah mencontohi semangat juang yang ditunjukkan oleh Ummu Aiman dalam menegakkan agama Islam Gunakan semangat dan keberanian ini pada landasan yang betul dan tepat.

Sumber : Majalah Ana Muslim

Rabu, 17 Mac 2010

Kenali 7 Golongan..


Rasulullah bersabda yang bermaksud :-
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan Nya pada hari kiamat iaitu hati yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; antaranya ialah :-

  1. Pemerintah yang adil

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kapada Tuhannya

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

4. Dua orang yang berkasih sayang kerna Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah

5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannnya lalu ia menolak dengan berkata " Aku takut kepada Allah"

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehinga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain ,lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan Jamal Allah.

Renungilah hadis di atas..Adakah kita tergolong dalam golongan di atas??
Tepuk dada tanya iman..

Sakit... Sebenarnya Satu Kenikmatan..


Bismillahirrahmanirrahim..

Sakit..
Ya.. itulah satu fenomena yang kita tidak ingin menghadapinya kerna ia boleh membuatkan kita sedih, lemah , tidak berdaya, dan yang sekutu dengannya..
Kita selalu menganggap kesakitan itu sebagai satu kesusahan atau musibah yang menimpa kita..
Adakah kita pernah terfikir.. bahawa.. kesakitan itu merupakan perkara yang perlu kita muhasabahkan??
Pernahkah kita terfikir?? (jawab..jgn x jawab!!)

JIwa seorang mukmin memandang kesakitan dan kesusahan itu sebagai ujian.. Ujian kesenangan dihadapi dengan kesyukuran mnakala ujian keskitan dan kesusahan dihadapi dengan kesabaran...
Kesabaran ini menuntut diri kita yang hina dina ini untuk merenung dan memikirkan sejenak dan memperbanyakkan muhasabah intuk memperbaiki diri..

Kesakitan dari Sudut Positif

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim melalui Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:-
"Tidak ada satu musibah kesusahan pun yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan mengampunkan dosanya disebabkan musibah itu, termasuklah walau sekadar duri yang dipijaknya"

Apabila direnung-renungkan hadis di atas, kesakitan sebenarnya memberi makna yang amat mendalam dalam diri seorang muslim iaitu pengampunan dosa..
Bukankah pengampunan dosa tanda kasih sayang Allah kepada kita??
Oleh itu bersabarlah kita apabila ditimpa musibah..
Sesungguhnya musibah itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah andai kita tempuhinya dengan penuh kesabaran..
Bukankah Rasulullah dahulu banyak ditimpa musibah??
Namun diri baginda tetap teguh bertaqwa kepada Allah..
Justeru itu, kita seharusnya mengucapkan syukur tidak terhingga andai ditimpa musibah.
Sakit itu merupakan penyejuk hati dan penenang jiwa bagi setiap Muslim. Ia menunjukkan keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita..
Kesimpulannya.. Ucapkanlah Alhamdulillah apabila kita ditimpa musibah kerana ianya adalah salah satu proses penyucian dosa...
Wallahua'lam..

~ULASAN DARI MAJALAH SOLUSI~

Hadis..




Hadis Qudsi..
Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Allah Berfirman, 'JIka hamba-Ku berniat melakukan keburukan ,jangan kalian (para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku, tulislah untuknya satu kebaikn. Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. JIka ia telah melakukannya , tulislah untuknya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda.'

Hadis ini membuktikan bahawa pemurahnya Allah itu.. Oleh itu kita sebagai umat Islam harus bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam.. dan sehingga kini masih dikekalkan nikmat Iman dan Islam itu dalam diri kita.. Fastabiqul Khairat.. Jangan mempersia-siakan masa yang ada..!

Alhamdulillah ..Syukur..


Huhu..rasa cam nak nangis pon ader..
Tp redha je lah..
Nak dikisahkan..
cuti penggal 1 niy ramai budak utara balek awal..hari khamis da balek ..(kena marah cikgu tau!)
kitorang naek train dr KL Sentral..
di KL Sentral..series ana cakap..ana x lapar langsung..so ana x makan la..
cuma makan sikit ais kacang yg adik form1 bg..(sikit ker??)
pastu..disebabkan x lapar.. ana pon x beli lah makanan utk dimakan dalam train..beli air jer..
kul 9 mlm..train smpai..
tp gerak kul 10 cam tuh..sejam tunggu..(tension!!)
train pon jalan..kul 1.30pg..tetibe jer..perut sakit..lapar..
ah..dah la x beli makanan..kantin..x tau kat mana..
hmm..biar je lah..
makin lama makin sakit.. dan sakit.. ana pon tanya akak sebelah.. die ade makanan x ??
katanya x der..yg ader pisang jer.. die pon bg lah 3/4 pisang tu kat ana..
Alhamdulillah..ader juge..tp x tahan lama..pastu sakit balek..
memang sakit la tunggu detik nak sampai rumah..
smpai jer destinasi..ana trus mengadu kat ayah..ayah suruh makan balek rumah..
ana pon mkan la sikit jagung yg ada..
esok tu memang truk lah,,, sakit smpai x leh bangun..smpai ke malam..
hr seterusnya.. reda sikit..tp ptg jadi balik.. hmm..mlm tu ajak ayah g klinik..
b4 g klinik.. mak bg minum teh kelat.. minum je kat setengah cawan..
terus rasa mual.. g tandas.. muntah! byk jiddan yg keluar..
pegi la klinik..doktor kata silap makan kut... die kata kalau esok x reda.. jmpa die balik..
esok tu agak reda..tp sikit jer..
selang 2 hr.. ana g jmpa doktor balek.. doktor kata ana kena...GASTRIK..!
ahh..ssedey la pule.. bukan sbb apa.. cuma trfikir camner nak tmpuhi hr mendatang..
dah la kalau sakit x leh diri lama.. camner perhimpunan nanti..?
tp..Alhamdulillah.. sepatutnya ana sebut.. ye lah.. ana spatutnyer.. bersyukur..Allah belum lagi tarik nyawa ana..
Masih ada peluang ana nak baiki diri ana..
mungkin ini pembalasan dosa yg Allah bg kat ana atas dosa2 ana yg terlalu banyak sehingga bahu kiri niy dh berat bertan-tan dah dipenuhi dosa2..
so kesimpulannya.. saper yg sakit tu.. jgn la cepat mengeluh..
Bersyukurlah kita masih HIDUP...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...