Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Khamis, 18 Mac 2010

Teriakan Ummu Aiman


Sekarang, kita dengarkan sedikit kisah tentang Ummu Aiman iaitu hamba kepada ibunda Rasulullah S.A.W.

Pada awalnya, Ummu Aimna bt Tsa'labah hanyalah seorang hamba. TUnannya ialah Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah S.A.W. semasa baginda kecil. Pada saat akhir hayat Aminah binti Wahab , Ummu Aiman berada di sisi Aminah. Peristiwa itu berlaku ketika Aminah menziarahi makam suaminya di Madinah. Beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Rasulullah S.A.w menjadikan Ummu Aiman sebagai ibu angkatnya dan sama sekali tidak melakukannya sebagai seorang hamba. Ketika Rasulullah S.A.W. telah diangkat menjadi nabi, Ummu Aiman memeluk agama Islam . dia dimerdekakan dan menjadi seorang muslimat.

Ketika berlaku perang Uhud, Ummu Aiman turut berangkat ke medan perang. Perang ini berlaku di antara kaum Muslimin dengan kaum Musyrikin Quraisy. perang Uhud terjadi di lereng gunung Uhud, di luar kota Madinah.

Pasukan Muslimin menerima serangan pihak musuh dari merata sudut. mereka berlari menyelamatkan diri. Ummu Aiman yang ditugaskan untuk merawat tentera yang cedera, segera bangkit. Dia mengambil senjata dan bertempur melawan musuh. Dia berteriak dengan suara yang lantang, "Hai para pengecut! Ambillah alat tenun dan menenunlah kalian bersama-sama perempuan di rumah! Serahkan senjata kalaian kepadaku, biar aku yang mara ke medan perang untuk menggantikan kalian!"

Ummu Aiman terus bertempur sambil berseru. Tentera Muslim yang lari itu berasa malu kerana telah lari dari medan perang. Padahal, mereka berperang membela agama Allah S.W.T. Bagi mereka yang gugur, disediakan pahala syurga di akhirat nanti. Lantas , mereka berpatah balik, kembali bertempur menghadapi musuh. Semangat mereka bangkit selepas mendengar teriakan Ummu Aiman.

Kesimpulannya, kita hendakah mencontohi semangat juang yang ditunjukkan oleh Ummu Aiman dalam menegakkan agama Islam Gunakan semangat dan keberanian ini pada landasan yang betul dan tepat.

Sumber : Majalah Ana Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...