Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Selasa, 13 Mac 2012

Tersedar :)




Tersedar dari lamunan. Entah dari mana datangnya kesedaran. Oh, semuanya dari ALLAH. Dia yg beri. 

“Akak kenapa akak jarang naik dorm? “
Tersentuh. Terkilan. Tapi Cuma mampun senyum dan menjawab ,

“ Oh, time tu akak malas. Akak tak sedar lagi. Sekarang Alhamdulillah. Lepas akak pergi kem DQ hari tue. Akak tersedar. Alhamdulillah. Sbb tu skrg akk da selalu naik dorm

Amanah

Sesuatu yg “fragile”. Sebelah kaki di syurga . Sebelah kaki di neraka. Tersilap langkah, habis musnah. Saya terkilan apabila melihat seorang senior apabila dia menangis tika mengatakan ..

“ Adik2 ni tanggungjwab akk2. Nanti Allah akan tnya akk smua yg dah dipertanggungjwaba kat akk ni. Akk xnak amanah yang akk pegang ni yang akan menyebabkan akk masuk neraka. Allah akan tnya kat akak, “Kenapa akk biarkan adik2 solat lambat? Kenapa akak biarkan adik2 couple?” Akak xnak adik2 tarik kaki akak ke neraka kalau akk ada kesempatan untuk masuk syurga. Sebab ? Sebab akk tak bimbing adik2”

Satu pernyataaan ikhlas dari hati seorang “kakak”.

Tenaga

Teringat satu tazkirah. Lebih kurang cmni la tazkirah die.

Tatkala seorang sahabat nabi (xingt nama) berada bersama sahabat2 yang lain dalam sebuah bilik. Kemudian beliau bertanya “ Kalau kamu diberi peluang untuk membuat permintaan, apa yang kamu akan minta?” Jwab sahabat  1  “Saya akan minta emas yg banyak dan akan sedekahkannya kpd jalan Allah”. Jwab sahabat 2 pula “ Aku akan minta permata dan sedekahkannya ke jalan Allah”. Wahai Amirul Mu’minin, apa yang akan kamu minta? “ Jawab beliau, “Akan akan meminta agar bilik dipenuhi dengan orang2 seperti  Abu Ubaidah ,.. (dan beberapa org lagi sahabat). (nanti ana cari cerita yg betul2)

Konklusi dari kisah ini. Segalanya memerlukan tenaga. Kenapa Amirul Mu’minin tersebut ingin orang2 seperti Abu Ubaidah? Kerna Kekuatan cinta Nya kepada Allah. Taqwa yang tinggi. Semangat jihad yang tinggi. Tanpa kekuatan dan kudrat dari seorang insan, kita tidak akan mendapat harta atau perkara yang lain.  Sebab, smuanya bermula dari kudrat. Dan ISLAM memerlukan kudrat kita.

Tarbiyyah

Tidak semua perkara memerlukan TARBIYYAH, tapi segala-galanya bermula dengan TARBIYYAH.
Tarbiyyah diri sebelum mentarbiyyah orang lain. Manusia selalu memikirkan cara utk mengubah dunia, tapi kita jarang berfikir untuk mengubah diri.  Maka, ubah diri sendiri dahulu. Model The Way. Orang lain tak akan berubah kalau bukan kita yg mulakan perubahan tu. Semuanya bermula dari diri sendiri.
Maka. Ubah diri sebelum ubah orang lain. 

Ask the strength from HIM. We are not strong enough to change ourselves because we are not perfect. And all the human being are not perfect. So. HE is the most perfect.. Trust in HIM. InsyaAllah. He will show the way…. 

Setelah tersedar. Marilah kita membuat transformasi dalam diri. Kerana semuanya bermula dari KITA!
Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi? dan kalau bukan KITA , siapa lagi?
Wallahua’lam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...