Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Rabu, 9 Jun 2010

Satu Harapan~



Bismillahirrahmanirrahim,...
(Mungkin dongeng semata...)Mungkin...

Tatkala ini aku meratap ..mnginsafi kelemahan diri...Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menetapkan takdir yang terbaik untuk diriku...Alhamdulillah Ya Allah..

Mengenangkan kembali saat pertama aku menjejak kaki ke SMAPK.. betapa ribuan keluhan timbul dalam hati juga termuntah di mulut.. Namun ..saat ini ..aku kembali sedar..nikmatnya aku dapat menetap disana.. dan menjadikan seolah -olah aku ditimpakan dengan satu tanggungjawab yang agak besar..-membimbing rakan2 ku di kampung kembali ke jalan yang lurus..

Semalam.. Ketika pulang dari tuisyen Cikgu Syah..dengan bahang sang suria menggigit badanku yang semakin berpeluh ini.. rakanku, Islah..memulakan bicara..
"Ha..Izzati .. ni..Aisyah (bukan nama sebenar..semua dalam ni bukan nama sebenar kecuali Izzati dan Cikgu Syah..) pesan kat aku..dia suruh aku bagitau hang.. Hang tau x ..Joyah sekarang dah pandai touching.." Aku dengan muka blurr bertanya kembali.. " Touching tu ape??"
"adooi..Izzati..hang ni kuno betul lah..Touching tu pegang2.."
"oowh..yer ke.. dengan sapa??" tanya ku lanjut.. "tak kan ngan pempuan kott..kalau x..aku x cakap la..dengan form4..hang tak kenal.."
Aku agak terkejut.."Gila apa...JOyah dah start touching..biar betul..rakan yang agak rapat dengan aku itu bersikap begini..sukar dipercayai.." detik hatiku..

"Bukan tu ja.. ada lagi..Saleha..lagi teruk..hang tau kan taman permainan kat belakang rumah aku tu..kan ada papan gelongsor yang dah lama..tu...ha..depa duduk berdua-duaan dalam tu..buat apa lagi..maksiatlah.."
Aku beristighfar panjang..Tapi memang aku kenal hati budi Saleha..Sejak di tahun6..aku sudah nampak temberangnya..apatah lagi sudah meningkat remaja..moga Allah mengurniakan Nur Nya satu hari nanti kepada sahabatku ini..

"Tak habis lagi..sekarang kisah Aminah pulak.. " "Aminah?? Eeeh..Aminah pun ada masalah..Biar betul.." Gadis yang berperwatakan lembut , sopan, cukup dengan sifat keperempuanan itu pun ada masalah..?? "Ada ada je lah diorang ni.." bisik hatiku..
Sambung rakanku.."Ini memang teruk ..dia merokok..buat banyak masalah disiplin, kes jenayah..sampai hari tu..kena gantung sekolah.. Dan ...yang hebatnya.." Islah terdiam..sengaja mungkin..ingin menimbulkan seribu satu persoalan dalam mindaku.. "Apa??"
"Dia hisap dadah.."

"Astaghfirullahal a'zim" ..Sekali lagi aku beristighfar panjang.. hatiku seolah-olah diremuk oleh berita yang amat mengecewakan itu.. Tak dapat aku bayangkan..wajah suci yang bertahun-tahun bersamaku itu kini rata2 sudah dicalari oleh musuh negara..dikuasai oleh nafsu yang menggila!

"Nau'zubillahi Min Zaalik" Ya Allah bala apakah ini?? Bagaimana boleh jadi sebegini..??
Ya Allah lindungilah kami dari hasutan Syaitan yang DIREJAM!!..

"ASTAGHFIRULLAH !! Islah..apa ni.." Aku mula berkata-kata setelah lama membiar mulut ini terkunci. "Ntahla..aku pon x paham dengan depa ni.. depa x sayang mak bapak ka? Dah x ingat dunia.. Yang pastinya..Aisyah suruh aku bagitau hang..sebab ..dia nak suruh hang bagitau depa..nasihat depa..ubah depa balik.."

Ubah mereka.?? Persoalan yang maha dahsyat timbul dalam hatiku.Mampukah aku sebagai insan yang lemah . Yang juga hina pada pandangan Sang Pencipta. Mungkin kerana aku satu2nya rakan terdekat mereka yang bersekolah di sekolah agama, mereka meletakkan tanggungjawab itu di bahuku. Ya Allah tanggungan ni amat berat untuk aku laksanakan.!! Tapi sesungguhnya aku tahu.. Allah tak melontarkan sesuatu ujian itu andai hambaNya tak mampu menanggunya. Tapi aku tidak pernah menghadapi situasi seteruk ini!!!
Seteruk2 aku betulkan orang hanyalah dalam sekecil2 perkara seperti couple, chat di laman web sosial dan yang seangkatan dengannya. Tidak pernah seberat ini. Ya Allah aku tak mampu. Aku tak mampu mengembalikan mereka ke jalan Mu.. Aku kebuntuan. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan..

Di hamparan sejadah sahaja mampu aku luahkan. Menangis, merintih agar diriku juga diri rakan2ku dikurniakan sinar Hidayah Nya yang terang.. yang mampu membersihkan hati ini dari noda2 hitam yang telah lama melekat di hati yang kelam ini..
Kini itu sahaja yang mampu aku lakukan. Menangis di hadapan Yang Maha Menerima Taubat.
Apakah langkahnya..aku sendiri tidak tahu. Apa yang boleh aku lakukan. Aku tinggal di asrama. Hidupku bukan bersama mereka. Aku sudah tidak kenal hati budi mereka yang jauh berbeza ketika kami masih di zaman kanak2 dahulu. Jauh berbeza. Aku hanya dengar dari mulut orang . Bukan melihat dengan mata kepalaku sendiri semua perkara ini terjadi. Semuanya terjadi ketika aku seronok bersama rakan2 dalam suasan bia'h solehah. Aku tak pernah memikirkan mereka di sini. Aku langsung lupa kerana merasa betapa bahagia hidup dalam suasana Islam yang aku inginkan. Di dalam mahligai yang amat aku cinta. Smap Kajang.
Ya Allah .. Di akhir kalam ini..Aku memohon agar Engkau tunjukkanlah aku jua rakan2 ku Hidayah Mu..Jangan..Jangan Ya Allah Engkau pesongkan hati-hati ini hingga kami jauh meninggalkan Engkau entah ke mana.. Limpahkan rahmatMU atas diri kami Ya Allah..Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Menerima Taubat...


P/s: Kepada pembaca..diharapkan agar dapat bersama berdoa akan perlindungan rakan2 ku ini dari sebarang perbuatan yang dikeji. Doakan mereka agar dapat menemui Hidayah Allah agar mereka segera bertaubat.. Amiin..Semoga perkara ini tidak betul2 terjadi atas rakan2 ku..
Sepenuh pengharapan dariku..

Jumaat, 19 Mac 2010

Diam itu Lebih Baik..


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label
'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?
"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang
.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan
diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

di cheap-lak dari iluvislam.com

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul



26/02/2010
tags:
by Abu Umair

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.


Sumber:iluvislam.com


FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa



Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnnya.

Khamis, 18 Mac 2010

Allah Maha Besar!! Kisah Memerang..



Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm..kali ini ana nak berkongsi mengenai satu ciptaan Allah yang begitu hebat..
Ana dapat niy dari buku Ana Muslim..

Untuk pengetahuan semua.. memerang merupakan satu mekhluk ciptaan Allah yang begitu hebat berenang..perenang yang hebat la..senang kata..

Memerang ialah sejenis mamalia yang mempunyai gigi dan kuku yang kuat. Kulitnya bewarna perang tua manakala bulunya halus dan lembut. Muncungnya berbentuk perisai dan dilitupi bulu.

Allah S.W.T. menjadikan memerang mahir berenang sebaik sahaja mereka dilahirkan. Memerang merupakan perenang yang hebat kerana memiliki kaki berselaput untuk menolak air dengan mudah. Ekor yang leper bertindak sebagai sirip. Telinga dan hidungnya dapat tertutup rapat untuk menghalang air daripada memasukinya. Selain itu, mata memerang mempunyai gogal semulajadi untuk melihat dengan jelas di dalam air.

Info!!
Memerang akan membasuh makanan setiap kali sebelum makan.! (kita basuh x??..he3..)
Sumber: Majalah Ana Muslim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...