Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Jumaat, 30 Disember 2011

Betulkan~

Salam! Last entry for this year.. maybe.. =.="

Hurm tadi kat fb..ternampak satu gambar..ade muslimin dan muslimat.. sekolah agama..ngan cikgu praktikaalnye..oke..ana tak nampak pun komen2 kat ats tu..yg ana nampak.. sorang "member" ana..
tulis.. "astaghfirullah"..
Ana pun tag arr nama pemilik gmbr dan sorg kwn ana..dn tulis "hehe.." tujuan nk bg diorg prsan..(nyesal xsudah aku g komen kat situ!)

okayh..xnak ckp ppanjang pasal mende kat ats tuh..nk ckp "something yg mungkin kite kurang sedar..



PANDANG PERTAMA

Kalau anda melihat gambar seorang kwan perempuan ngan seorg kawan lelaki kan..bergambar dekat2 .tak pun jarak satu sentimeter laa kan.. apa perasaan anda?
 Apakah hati anda berkata?

Sewaktu pandang buat kali pertama..anda akan melihat dngan mata kepala anda itu..anda tidak akan merasa apa2..yg anda rasa adalah.."ITU BIASA"..betul tak..?

Beberapa minit kemudian..anda ternampak gambar yg sama..anda mula tenung gambar tu..dan mula tengok dengan mata hati.. anda pun mula berkata.. Astaghfirullah..

TAK SEDAR

Lihat! Inilah umat sekarang..rasa biasa dengan segala maksiat yg berada di sekeliling..kita sedikit pun tidak punya rasa... "Ya Allah..apa nk jadi dengan remaja sekarang"..
Dalam sedar..kita menghalalkan segla maksiat2 tersebut berlaku di sekeliling kita..Betul tak?
Bila di alam maya ini..apabila kita melihat gmbar yg sedemikian ..selalu nya kita akn berkata . "xpe lah..itu hak die nk ltk..gmbr tuh..kat luar aku xde kuasa nk tgur..aku xleh kacau"

Okayh..sbenarnya..dakwah tu tak tetapkan tempat dan masa bukan? so..kenapa kita biarkan?
Sebabnya..
Kita dah lali dah tngok semua bnda tu..itu yang masyarakat sekeliling buat sekarang..
tak kenal erti malu..hukum Allah dipermainkan..hukum Allah hanya teori yang dipelajari..bukan utuk diamalkan..
tringat cerita "utusan Ilahi" kat tv3 tadi..ade satu babak tuh ..ade ceramah kat masjid..

"Remaja sekarang bangga menunjuk -nunjuk yg mereka berzina..dihebohkan agar satu dunia tahu.."

Itulah sedikit2 ayt yg ana ingt..
Hurm..teringat satu hadis nabi gak..

"Setiap umatku (boleh) diampunkan dosa-doasanya, kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan satu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedangkan Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba2 dia mendedahkan dosa itu seraya berkata : "Wahai fulan semalam aku lakukan itu dan ini.." Maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang  (sebelum ini) menutup keaibannya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Faham kan ayat ni? Sedar tak sedar..banyaaaakk sangat dosa kita yg kita dedahkan kat org lain.. dan kita berbangga dengannya.. kite rasa "syok" bila org "like" gambar2 tersebut..

Kenapa? Suka apabila mendapat perhatian ramai?
Tidakkah perhatian Allah itu lebih bernilai?
So..kawan2 yg disayangi sekalian.. beringatlah selalu. kita tak tahu bila kita kan pergi meninggalkan dunia yg fana' ini..mungkin esok , lusa atau dalam masa beberapa minit lagi..
Gambar2 tu..lepas kita mati..org akan still tgk.. dan tgk..dan itu lah "bekalan" dosa berterusan yg kita bawa ke SANA nanti..
Nau'zubillah..

Maka..ucapkanlah..
Astaghfirullah..lafazkan kalimah taubat padaNya..
Semoga kita bukan dari golongan yg sedemikian..
Jika sebslum ini ada gmbr yg berikut di letakkan di alam maya ini.. buanglaa agar ia tak menjadi fitnah kepada kita..
Semoga Allah melindunngi kita dari sifat2 yang keji..
InsyaAllah..

Dari Hati yang masih Mencari..

zZz: Betulkan yang biasa..biasakan yg betul.. :)
Pesana buat diri jua <3

Selasa, 20 Disember 2011

Jom Selamatkan Akidah!



Jom dengar nih!
Best arr lagu dier..
By the way..kite kene bagi perhatian..
Semoga semangat kiter nk tgakkan ISLAM tuh meningkat lps dgr lagu nih.. =)

NIh liriknya..

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie 



Dari Hati yg masih Mencari..

Isnin, 19 Disember 2011

Fantasi ---> Realiti..

Terbang mencari..
I****I I****L..
Semoga dpt 9A PMR n akhlak terpuji
Insya-Allah .. ameen!!!

Assalamualaikum warahmatullah..Terlebih dahulu akk nak minta maaf kat awak atas segala kesalahan yang sengaja akak buat atau tak sengaja..
.......
.......
Pentarbiyahan di SMAPK banyak dugaan.. Ingatlah..setiap dugaan itu datang dari Allah..setiap sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya .. Ingatlah sekali kita tolong agama Allah 10 X ganda Allah bantu urusan kita. Yang penting kita sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam melakukan kebaikan. Banyakkan berdoa pada Allah kerana sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.. Yakinlah dan bergantunglah pada Allah diselangi dengan usaha dan tawakal . Matlamat kita bukan hanya nak dapat straight A+ dalam exam..tapi lebih daripada itu..mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat.. dan jangan lupa cuba baikkan orang lain juga. Bukan nya solehah sorang2..bahkan jadi muslih jugak okeyh. Akak harapkan ukhuwwah yang kita bina berkekalan sehingga ke liang lahad. Akak sayang awak kerana Allah.. Buat yang terbaik dalam exam..Score yang terbaik.. Jangan lupa doakan akak jugak tau, 11A+ 100% dan akhlak terpuji serta dikurnaiakn jodoh yang soleh.. Semoga hidup awak dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah..InsyaAllah...ameen..

yang menyayangimu..
**** *******
08112011

Hah! hehe..sajer nak kongsi mende kat ats nih...mula2 baca atas bas..xde perasaan.. sedih jer..sbb rindu.. baru2 nih..Alhamdulillah..Allah bukak hati suruh bukak balik kad yang diberi..banyak pesanan berharga yang beliau sampaikan.. Antaranya..
  1. sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahnya..
  2. sekali kita tolong agama Allah 10 X ganda Allah bantu urusan kita. Yang penting kita sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam melakukan kebaikan..
  3.  Banyakkan berdoa pada Allah..
  4.  Yakinlah dan bergantunglah pada Allah diselangi dengan usaha dan tawakal..
  5.  Jadi anak yang solehah..sentiasa doakan ibu dan ayah..
  6. Jangan lupa cuba baikkan orang lain juga..
 Apa yang baik..ambil dan sematkan dalm hati kemas2 okeyh! Apa yang ana impikan..ana dapat jadi sebaik insan yang menulis surat diatas.. beliau model terbaik yg pernah ana kenal sepanjang kehidupan di sekolah.. dunia di tangannya..tapi akhirat tersemat rapi di hatinya.. pegangannya cuma satu.. "Lakukan segalanya kerana Allah.."

Semoga impian bukan sekadar impian..tetapi menjadi realiti kehidupan..
"wish to be **** junior.. "
Semoga diriku terus berada di jalanNya.. InsyaAllah..

Salam ukhuwwah.. sayang akk kerana Allah!!

Ahad, 18 Disember 2011

Aku Bukan Insan Terpilih?

Aku nih insan terpilih ker??
Salam..!! Jumpa lagi!!
HUrm..bila berbicara mengenai "I-n-s-a-n--t-e-r-p-i-l-i-h"
owh..what's in your mind??
takpe2.. sila simpan idea anda..mohon baca apa yang ana nukilkan kali nih~

"INSAN TERPILIH"
insan terpilih mcm mana ana maksudkan?
hurm..yg ana maksudkan kat sini.."NAQIBAH"..

ana terdetik nak tulis post nih.. lps sorg kawan ana yg ana rpat gak..comment kat fb..
bunyi die cm nih.. "kalau ana baik dah lama jadi naqibah.."
erk~ hah! ana nak tnya pembaca..
betul ker mcm tuh?? jujur..ana sememangnya xsetuju ..

jadik seorang naqibah nih..bukan seseuatu yg boleh dibanggakan..
ia satu amanah yg sangat besar..
memang..bila kita berada sesama kita..kita selalu dgr ayat2 yg menyatakan kita nih..
"insan terpilih"
"Allah dah pilih awak untuk bawak kerja2 dakwah nih"
yup! btol..
tp korang tau kan..jadik naqibah tuh banyak gak tekanannya..
nampak memang seronok..
tapi..biasanya..indah khabar dari rupa bukan?
xsemestinya org yg tersenyum tuh hati die x menderita kan?

jadik naqibah pun ade kebaikanyaa jugak..xjadik banyak jugak..
bile jadi naqibah..kite akan rasa sedikit "terkongkong"
tapi..sebab "rasa" tuh laa..yg akan membntuk diri kita..
jadi seseorang yg baik..
jadik someone yg bole jadik qudwah hasanah..
sbb tuh amanah..
dan kite selalu diingatkan..dgn ayat2 Allah..
"Kenapa kamu mengatakan sesuatu tetapi kamu tidak lakukannya??"
itu memang kelebihan jadik naqibah nih..
tanyalaa mana2 naqibah pun.. InsyaAllah diorg akn cakap mcm tuh..
tp an..kepada yang bukan naqibah tuh..cube korang fikir balik..
bukan ker korang lebih bertuah??
bila korang nak berubah.. korang terus berubah kerana Allah..
bukan sebab.. "aku ni naqibah"
bile korang xjadi nak buat sesuatu kejahatan..
bende first korg fikir.."
xleh..nanti berdosa..aku muslim"
bukannya.,, "Aku nih naqibah"..
korang buat semua bnda..trus kepada niat yg sebenarnya!
kerana ALLAH!
korang xkan fikir "aku berubah sbb naqibah"
betul x?? inilah dilema..
bile ade "title"
bile orang label kite dgn cop "NAQIBAH"
kejam gile gambar nih..haha..(editsndiri~)

buat salah sket..org marah..
buat salah sikit.. orang pertikai..
buat salah sikit.. "nih ke naqibah?"
wooo! banyak kena tekan maa..
ingat naqibah nih malaikat ape? 
kitorg pun manusia gak laaa..

so..xbahagia ker dgn kehidupan korang??
fikirlaa..korang terselamat dari fitnah..
korang terselamat dari cacian..
korang terselamat dari menyulam niat utk lakukan sesuatu bukan kerana Allah..
kite same2 insan terpilih..
saye dan awak xde beza..
naqibah tuh cuma "title" utk kite lebih rasa tanggungjawab menyampaikan dakwah ..
padahal ..kite sendiri tahu..
"MENYAMPAIKAN DAKWAH TANGGUNGJWAB SETIAP MUSLIM"
hah! bnde nih belaja dalam matapelajaran pendidikan ISLAM menengah rendah kan?

so..kite masing2 ade kelebihan sendiri..
so..kepada naqibah2..jadiklah diri sendiri..
mungkin mula2 kta rasa kite brubah sbb naqibah.
tp truskan ..sbb lama2 kita trbiasa..dan kita akan lakukan smua krn Allah..
ini jalan terbaik yg Allah dah tetapkan untuk kite..

kepada yg bukan naqibah..
ini jugak jalan yg terbaik yg Allah dh takdirkan utk korang..
korang lebih mudah utk menyemai keikhlasan dalam diri korang...
Jadik..kite same2 I-N-S-A-N-T-E-R-P-I-L-I-H..
banggalah dengan diri masing2..
ingat..
"Allah tak bagi semua yang kita NAK..tapi DIA bagi semua yang kita PERLU.."
sesamelah kite muhasabah diri..

..Dari Hati yang masih Mencari..
(sajer nak berceloteh~)
percaya pada diri!
zZz : waktu tulis nih..teringat kat PKU SMAPK 2011..Kak Huda Nabilah..harap dapat jadik seorang KHALIFAH dan DAI'E  seperti beliau..

Isnin, 12 Disember 2011

Kerna Kita Hanya Tahu~




Yup!
Sebab kita cuma tahu..
nih ape yg membuatkan ana terdetik nak tulis post kali nih..

Ramai yang bertanya saya akan masalah itu dan ini.
Kemudian, bila saya berikan solusi, mereka berkata:
"Itu dah tahu. Ada tak yang
lain?"
Saya kata: "Tiada. Itulah dia."
"Lah, biasanya. Itu saya pun tahu. Kenapa saya masih bermasalah?"
Nak tahu kenapa?
"Mudah. Sebab kamu tak buat. Kamu hanya tahu."
-Hilal Asyraf-

Manusia..selalu mcm tuh..
kita dah tau..tapi..tnya lagi..
Hurm..nak senang..kita ambill contoh diri sendiri..
ana selalu jumpa senior..utk mintak "sedikit' nasihat..
utk jadik bekalan dalam hidup ana..
mcm tuh gak time last day kat skola..
ana jumpa kak huda, kak mai, kakmasyi, kak izyan n kak lily..
juz nak mintak "last word" dr akk2..

tp..
kebanyakannya..semua sama..
"lakukan segalanya kerana ALLAH"
"Allah tu baik"
"letak kepercayaan dekat Allah"
dan lain2..
yup..bnde yg same..
yg selalu ana dgr..sepanjang hidup kat satu tmpt yg bernama..
SmapKajang..

tapi..sejauh mana ana hayati smua tuh bila pertama kali "bnde2 ; tuh sampai kat otak ana?
tak..sikit pun ana xhayati..
cuma masuk dalam otak..simpan..tp xfaham..
walaupun pada hakikatnya..ana boleh faaham..
yelah..akk2 tuh ckp bahasa melayu gak..bukan ckp bahasa keling~

so..itulah manusia..sbb tuh kita kena sering dingatkan..
selalu kena diberi tazkirah..
sbb kita selalu lupa..
dan sebenarnya..kebanyakannya..benda2 mcm nih kita xlupa..
tp kita cuma simpan..tanpa mengamalkannya,,

kita ckp.."hati xtenang lah .."
tp kita tahu.."hanya dengan mengingati Allah..jiwa kan menjadi tenang"
kita ckp.."asl aku xleh bgn qiyam hah?"
tp kita sedar..perkara yg patut kita lakukan..
"amek wudu' sbelum tido..baca 3qul dan lain2.."
kita xbuat pun..
so..
nak bgn qiyam amendenye..?? da muhasabah byk kali pun.
xsedar2 gak mende2 tuh..
sbb kite MALAS..kita malas nak buat bnde tuh..
yg kita tau..nk senang..
sbb tuh bile org bg jalan penyelesaian.
kite ckp "alah da tau lah.."

so what?
hey! ilmu tanpa amal xguna lah..
so fikir laa..ape guna ilmu yg kite belajar selama nih..
kalau bukan utk dipraktikkan??
teori semata-mata xberguna laa kalau xamal..

so..fikirlaa..
sebenarnya..kebanyakan masalah..kite boleh atasi sendiri..
kita tak perlukan orang lain pun utk bantu kita..
cukuplah Allah dalam hidup kita..
kita dah tau byk jalan penyelesaian..
kita cuma perlu meluangkan masa sekejap jerr..
utk berfikir..
carik..apa yg iman sedang bisikkan dalam hati..

pernah..ana tnya sorg senior ana yg selalu ceria..
"Kenapa akk selalu ceria jer eh? xpernah tgk akk marah pun?
saya tahu,,kita kene ingat Allah..tp..mcm mana nk jadi mcm akk eh?"
"itulaa..memang mcm tu jalan penyelesaian nyee..
kite tahu yg masalah2 tuh Allah yg bagi.. so..kat Allah jugak lah kita mengadu dan mintak jalan penyelesaian.."

dan kata2 tuh..ana pegang sampai sekarang..
ana pun masih bertatih utk mengamalkannya
so..kepada pembaca,,
jangn hanya sekadar tahu.. tapi buat!!
jom sama2 jadikannya knyataan!
okeyh!!

Dari Hati yang masih Mencari..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...