Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Ahad, 27 Mei 2012

Perangi dengan Kebaikan :)

Perangilah manusia dengan kebaikan...



"Biarlah kehidupan ini berlalu dengan kebaikan, jawatan serta pangkat tiada nilai di sisi Allah SWT, kerana hakikatnya takwa Allah menentukan taraf manusia di sisi- Nya. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya akan hancur punahlah dosa kejahatan itu, berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik, kerana FITRAH kejadian manusia SUKA AKAN KEBAIKAN. Tidak selama-lamanya golongan yang lemah itu akan lemah buat selama-lamanya dan tidak selama-lamanya golongan yang kuat itu akan kuat buat selama-lamanya.Kepada saudara seperjuangan, taatilah ana sekiranya Al-Qura'n dan As-Sunnah menjadi pegangan ana, .Sekiranya ana derhaka akan keduanya, maka tiada lagi ketaatan buat ana...
                                                                   -Imam Besar Surau Al-Ehsan, SmApk-

Salam! Lama tak ketemu!
Semoga pembaca dalam keadaan sihat hendak -Nya.
Dah baca ayat kat atas tu?
Menarik kan? Terasa semangat dakwah menyusup dalam diri..Alhamdulillah..

Dakwah Bil Hikmah

Ma ma'na da'wah bil hikmah?
Jawapan yang ana selalu denganr.. 
"Dakwah biar berhikmah.. adalakalanya kite guna cara lembut, ada masanya kita guna cara keras.."
Huh~ cara keras..ade ke orang nak terima?
Ntah...tanya diri kita sendiri.. kite suke tak orang marah2 kita? Kite akan terima daie cm tu?
99% akan cakap "TIDAK!"

Yup! Benar..even ana sendiri..nak terima teguran dengan cara kasar pun kene tenangkan diri dan sabarkan diri dahulu.. kalau ikut perasaan..dah lama sembur balik kat orang tu..

Benar..setiap manusia suka akan kebaikan..sejahat-jahat manusia atas muka bumi ini..mesti sukakan kebaikan..
Macam lelaki??? Sejahat mana lelaki itu suka permainkan perempuan, dia tetap akn pilih perempuan yag solehah sebagai suri rumah tangganya..Mudah kan analogi ana?

Begitulah juga dengan konsep dakwah,
Manusia lebih suka dibelai dari dilibas..
Pendekatan yang lembut..lebih disenangi dari pendekatan yang keras..

Tetapi..naqib naqibah kat sekolah selalu cakap..
"Kalau guna cara lembut lagi tak makan saman budak2 tu..kite guna gak cara keras.. kita "wash" diorg habis2"..
Hah, memanglaa.. memang tak makan saman..sebab kita asyik dok cakap diorg tu tak makan saman lah,.. hati dah gelap lah... dan sebagainya.
Bukankah perkataan itu satu doa.?
Kita pernah tak doakan diorag dalam doa kita?
Mesti kebanyakan kita akn cakap "TAK!"
Kita tak pernah ingat diorag pun dalam doa kita.. Betul tak?
Tepuk dada tanya iman.

Di sinilah kesinambungan dakwah itu berlaku..
Selalunya kita hanya melakukan usaha...tapi kita jarang bertawakal kepada Allah..
Ingat! Manusia tak kan pernah mampu bagi seseorang hidayah melainkan dia hanya mampu jadi asbab kepada seseorang itu mendapat hidayah...

Berbalik kepada isu tadi... ana teringat kisah naqibah ngan naqib kat sekolah..

Naqibah: 
Apa tujuan korang buat liqa' ni? nak jumpa budak2 masalah ni buat apa? objektif kita tak tercapailah ! korang tak marah pun? kitorang marah korang suruh senyap? 
Naqib:   
Tadi korang sendiri kate jangan marah. kitorang tak marah laa. lps tu korang pulak yang marah..
Naqibah :
Korang tau tak objektif kite tak tercapai bile korang tak marah. dah tak marah korang nak buat ape? kitorg ckp jgn marah sbb ade "fulan" die da banyak kali kene..kesian arr....kitorg naqibah sume suke bile naqib ade yg ckp "bla.. bla..(satu ayt PEDASSSS)"..
Naqib   : 
Kalau ana ana akan rasa malu. Ana tak suke cara tu..nnti ana balek mesti ana memberontak..
Naqibah :
Dengan bagi die malu laa die akan sedar..!
Naqib   :
Tak ..kite kembali kpd cara dakwah Rasulullah...Rasulullah kalau marah pun baginda hanya 
berpaling...

Biru : Rasional
Merah : Emosional :) (perempuan sememangnya emosional~)

Fuhh~ die cakap jer ayat tu..naqibah terus senyap..tak tau nak ckp ape lagi..

Tringat cara Rasulullah berdakwah..
Benar..walaupun Rasulullah pernah dijerut.. dibaling dengan najis.. dicampakkn batu.. Baginda tak pernah balas dengan secebis kejahatan pun..  
Tapi..Baginda tetap truskan sebarkan dakwah dengan penuh hikmah.. dan hikmah itu ialah dengan cara KEBAIKAN..

Mesti pernah dengar..
Baik dibalas baik..biasa..
Baik dibalas jahat pun biasa..
tapi.
Jahat dibalas baik..luar biasa..
Kenapa luar biasa?.. Sebab orang jarang buat..

So..balas laa kejahatan dengan kebaikan..

Dah xtau nak cakap ape..InsyaALLAH ana akan curahkan idea yg lebih menarik utk post seterusnya..

zZz : Teringat doa dari sahabat seperjuangan..(lebih kurang cmni lah..
 " Ya Allah..kami tidak sehebat sahabat-sahabt2 Rasulullah dalam menegakkan agamaMu.. malah kami tidak mampu mengangkat senjata untuk berjuang di jalan Mu.. tapi kami mohon..berilah secebis  kekuatan dan keberanian mereka dalam berjuang menegakkan agama Mu.."





Selasa, 13 Mac 2012

Tersedar :)




Tersedar dari lamunan. Entah dari mana datangnya kesedaran. Oh, semuanya dari ALLAH. Dia yg beri. 

“Akak kenapa akak jarang naik dorm? “
Tersentuh. Terkilan. Tapi Cuma mampun senyum dan menjawab ,

“ Oh, time tu akak malas. Akak tak sedar lagi. Sekarang Alhamdulillah. Lepas akak pergi kem DQ hari tue. Akak tersedar. Alhamdulillah. Sbb tu skrg akk da selalu naik dorm

Amanah

Sesuatu yg “fragile”. Sebelah kaki di syurga . Sebelah kaki di neraka. Tersilap langkah, habis musnah. Saya terkilan apabila melihat seorang senior apabila dia menangis tika mengatakan ..

“ Adik2 ni tanggungjwab akk2. Nanti Allah akan tnya akk smua yg dah dipertanggungjwaba kat akk ni. Akk xnak amanah yang akk pegang ni yang akan menyebabkan akk masuk neraka. Allah akan tnya kat akak, “Kenapa akk biarkan adik2 solat lambat? Kenapa akak biarkan adik2 couple?” Akak xnak adik2 tarik kaki akak ke neraka kalau akk ada kesempatan untuk masuk syurga. Sebab ? Sebab akk tak bimbing adik2”

Satu pernyataaan ikhlas dari hati seorang “kakak”.

Tenaga

Teringat satu tazkirah. Lebih kurang cmni la tazkirah die.

Tatkala seorang sahabat nabi (xingt nama) berada bersama sahabat2 yang lain dalam sebuah bilik. Kemudian beliau bertanya “ Kalau kamu diberi peluang untuk membuat permintaan, apa yang kamu akan minta?” Jwab sahabat  1  “Saya akan minta emas yg banyak dan akan sedekahkannya kpd jalan Allah”. Jwab sahabat 2 pula “ Aku akan minta permata dan sedekahkannya ke jalan Allah”. Wahai Amirul Mu’minin, apa yang akan kamu minta? “ Jawab beliau, “Akan akan meminta agar bilik dipenuhi dengan orang2 seperti  Abu Ubaidah ,.. (dan beberapa org lagi sahabat). (nanti ana cari cerita yg betul2)

Konklusi dari kisah ini. Segalanya memerlukan tenaga. Kenapa Amirul Mu’minin tersebut ingin orang2 seperti Abu Ubaidah? Kerna Kekuatan cinta Nya kepada Allah. Taqwa yang tinggi. Semangat jihad yang tinggi. Tanpa kekuatan dan kudrat dari seorang insan, kita tidak akan mendapat harta atau perkara yang lain.  Sebab, smuanya bermula dari kudrat. Dan ISLAM memerlukan kudrat kita.

Tarbiyyah

Tidak semua perkara memerlukan TARBIYYAH, tapi segala-galanya bermula dengan TARBIYYAH.
Tarbiyyah diri sebelum mentarbiyyah orang lain. Manusia selalu memikirkan cara utk mengubah dunia, tapi kita jarang berfikir untuk mengubah diri.  Maka, ubah diri sendiri dahulu. Model The Way. Orang lain tak akan berubah kalau bukan kita yg mulakan perubahan tu. Semuanya bermula dari diri sendiri.
Maka. Ubah diri sebelum ubah orang lain. 

Ask the strength from HIM. We are not strong enough to change ourselves because we are not perfect. And all the human being are not perfect. So. HE is the most perfect.. Trust in HIM. InsyaAllah. He will show the way…. 

Setelah tersedar. Marilah kita membuat transformasi dalam diri. Kerana semuanya bermula dari KITA!
Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi? dan kalau bukan KITA , siapa lagi?
Wallahua’lam. 

Rabu, 25 Januari 2012

Allah Adil kan?

Salam!
Sajer jer nk update!
Bca kat fb jer!
JOm muhasabah!

Marah?
Pernah tak kite buat org marah?
So. jgn marah sngat la kan kalau org wat kite marah sbb kite pun prnh buat org marah kan?

Kecewa?
Pernah tak kite wat org kecewa?

so. Jangan kecewa sangat laa klu ade org wat kite kecewa. sbb kite pun prnah buat org kecewa kan?

Sedih?
Pernah tak kite buat org sedih?
so.jgn sedih sangat laa kalau sebelum ni da ade org yg kita buat die sedih.

Saket hati?
Pernah buat org saket hati tak?
so. kalau da saket hati ngan org jangan laa smpai berdendam. 
xbaik! 
kite pun mesti laa prnh buat org sakit hati kan?

Da tak tau nk tulis perasaan ape lagi.
Tapi mesej yang nk disampaikan:
Allah itu Maha Adil.
What u give u get back. 
right?
so. jgn emo dalam stiap tindakan.
fikir guna ke-rasional-an minda kita!
oke?

Dari Hati yang Masih Mencari.






Ahad, 22 Januari 2012

Andai Kita Tahu!

Andaiku tahu..akan ku mohon keampunan sebanyak2 nya..

" Andai kita tahu..kita akan mati esok.."

Ayat yang mungkin scara kasarnya kita akan berkata.. "Aku dah selalu dengar "

Tapi..jika ia dihayati..memberi sedalam-dalam makna yang mampu membuat hati yang celik menangis teresak-esak..

Bagi pesalah-pesalah yang berada di penjara..yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati..yang mengetahui tarikh bila mereka digantung..alangkah nikmatnya!
Eh? Kenapa ana kata nikmat?
Ya!
Kerna mereka dapat sujud selama mana yang mereka mahu sebelum nyawa mereka dijerut..
Kerna mereka dapat lafazkan kalimah cinta yang terakhir seikhlasnya kepada Tuhan yang mencipta mereka..
Kerna mereka dapat mengalirkan air mata taubat sebanyak-banyak nya yang mampu menghalang mereka dari memasuki api neraka..
Kerna dapat mereka dapat merasakan betapa indahnya hidup ber-Tuhan..


Tapi kita?
Adakah kita sudah bersedia menghadapi maut yang tidak kita tahu bila ia akan berkunjung?
Adakah kita telah betul2 memastikan bahawa amal ibadat kita sudah cukup utntuk dipersembahkan kepada Nya?
Adakah solat kita sudah cukup sempurna utntuk dihadapkan di hadapan Allah?

Kita tak sedar..
tapi ini hakikat diri kita yang sebenar..
Kita semakin jauh dari Nya..


Semoga Allah terus memelihara kita dari melakukan dosa.. :(
Dari Hati yang masih Mencari..
(Aku akan terus mencari!)



Jumaat, 30 Disember 2011

Betulkan~

Salam! Last entry for this year.. maybe.. =.="

Hurm tadi kat fb..ternampak satu gambar..ade muslimin dan muslimat.. sekolah agama..ngan cikgu praktikaalnye..oke..ana tak nampak pun komen2 kat ats tu..yg ana nampak.. sorang "member" ana..
tulis.. "astaghfirullah"..
Ana pun tag arr nama pemilik gmbr dan sorg kwn ana..dn tulis "hehe.." tujuan nk bg diorg prsan..(nyesal xsudah aku g komen kat situ!)

okayh..xnak ckp ppanjang pasal mende kat ats tuh..nk ckp "something yg mungkin kite kurang sedar..



PANDANG PERTAMA

Kalau anda melihat gambar seorang kwan perempuan ngan seorg kawan lelaki kan..bergambar dekat2 .tak pun jarak satu sentimeter laa kan.. apa perasaan anda?
 Apakah hati anda berkata?

Sewaktu pandang buat kali pertama..anda akan melihat dngan mata kepala anda itu..anda tidak akan merasa apa2..yg anda rasa adalah.."ITU BIASA"..betul tak..?

Beberapa minit kemudian..anda ternampak gambar yg sama..anda mula tenung gambar tu..dan mula tengok dengan mata hati.. anda pun mula berkata.. Astaghfirullah..

TAK SEDAR

Lihat! Inilah umat sekarang..rasa biasa dengan segala maksiat yg berada di sekeliling..kita sedikit pun tidak punya rasa... "Ya Allah..apa nk jadi dengan remaja sekarang"..
Dalam sedar..kita menghalalkan segla maksiat2 tersebut berlaku di sekeliling kita..Betul tak?
Bila di alam maya ini..apabila kita melihat gmbar yg sedemikian ..selalu nya kita akn berkata . "xpe lah..itu hak die nk ltk..gmbr tuh..kat luar aku xde kuasa nk tgur..aku xleh kacau"

Okayh..sbenarnya..dakwah tu tak tetapkan tempat dan masa bukan? so..kenapa kita biarkan?
Sebabnya..
Kita dah lali dah tngok semua bnda tu..itu yang masyarakat sekeliling buat sekarang..
tak kenal erti malu..hukum Allah dipermainkan..hukum Allah hanya teori yang dipelajari..bukan utuk diamalkan..
tringat cerita "utusan Ilahi" kat tv3 tadi..ade satu babak tuh ..ade ceramah kat masjid..

"Remaja sekarang bangga menunjuk -nunjuk yg mereka berzina..dihebohkan agar satu dunia tahu.."

Itulah sedikit2 ayt yg ana ingt..
Hurm..teringat satu hadis nabi gak..

"Setiap umatku (boleh) diampunkan dosa-doasanya, kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan satu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedangkan Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba2 dia mendedahkan dosa itu seraya berkata : "Wahai fulan semalam aku lakukan itu dan ini.." Maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang  (sebelum ini) menutup keaibannya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Faham kan ayat ni? Sedar tak sedar..banyaaaakk sangat dosa kita yg kita dedahkan kat org lain.. dan kita berbangga dengannya.. kite rasa "syok" bila org "like" gambar2 tersebut..

Kenapa? Suka apabila mendapat perhatian ramai?
Tidakkah perhatian Allah itu lebih bernilai?
So..kawan2 yg disayangi sekalian.. beringatlah selalu. kita tak tahu bila kita kan pergi meninggalkan dunia yg fana' ini..mungkin esok , lusa atau dalam masa beberapa minit lagi..
Gambar2 tu..lepas kita mati..org akan still tgk.. dan tgk..dan itu lah "bekalan" dosa berterusan yg kita bawa ke SANA nanti..
Nau'zubillah..

Maka..ucapkanlah..
Astaghfirullah..lafazkan kalimah taubat padaNya..
Semoga kita bukan dari golongan yg sedemikian..
Jika sebslum ini ada gmbr yg berikut di letakkan di alam maya ini.. buanglaa agar ia tak menjadi fitnah kepada kita..
Semoga Allah melindunngi kita dari sifat2 yang keji..
InsyaAllah..

Dari Hati yang masih Mencari..

zZz: Betulkan yang biasa..biasakan yg betul.. :)
Pesana buat diri jua <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...