Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Jumaat, 8 Jun 2012

Bersyukur, Bukan Kita :)

Sakit tau kalau jatuh!

"Jangan gelakkan orang yang jatuh, sebaliknya bersyukurlah kerana bukan kita yang jatuh "

Okayh! Ana suka ayat ni. Sebab die ade tampal kat dalam tandas muslimat n depan tandas dorm ana.
Haha! Bukan itu sebab utama. But, Ana amek masa yang agak lama untuk fikir n adapt ayat ni dalam kehidupan ana :)

Again.
-Jangan gelakkan orang yang jatuh, sebaliknya berSYUKURlah kerana bukan kita yang jatuh - 

Yup! Betul !
Tapi..kita boleh je "ubah" ayat ni ..jadi macam2 bntuk lagi..

Kalau ade orang kata..
"Ishh..amende laa.pakai dedah sana ..dedah sini.. tak malu ke haa?
Cuba jawab..
"Jangan asyik mengata org lain.. bersyukurlah kita ngan family kita tak macam tu..

Kalau ade orang kata..
Die tu harap jee muka cantik..akhlak xelok langsung..*bajet gile~
Cuba kata..
"Bersyukurlah rupa kita ni biasa2 je.. Alhamdulillah kita tak macam dia.."

Itulah antara contoh yang tak seberapa :)
Kalau kita nmpak kekurangan dari seseorang , cuba kita jangan mengutuk die..
Dah kalau kita tak mampu nak ubah die, kita senyap je lah kan. MUngkin die bukan org yang kita kenal or orang awam. Tak kan tiba2 nak pi terpa kat dia berdakwah kowt? Kite pun takut nk buat.

Muhasabah diri semula :)

Langkah mudah : Bersyukurlah kita tak macam tu =.=" :)

Selalunyee kita tak tahu kenapa die mcm tu kan? Kita tak tahu asbab2 nyee..
Jadi. senyap. dan berdoa dia akan berubah satu hari nanti.

Cuba kalau kita berada di tempat die. Mungkin same je kite ngan orang tu.
Mungkin pembaca boleh baca artikel ni :) from: abg fasi dr Darul Qura'n :)
Artikel ni cerita , yang apa rasanya kalau kita berada di situasi yang kita sendiri terperangkap dengan dosa?

Mudah untuk kita cakap.. "Mereka patutnye mcm nii.. tak boleh macam tuu.. "
Tapi.. once kita merasai pengalaman berada di tempat mereka.. kita sendiri tak tahu nak buat ape2.
Maka, Bersyukurlah andai kita tak pernah merasai melakukan satu dosa itu. Kerna Allah menjaga kita :)
Teruskan berdoa supaya Allah terus menjaga kita :)

Akhir kata, bersyukur, atas segala ketetapan Allah yang baik2 kat kita. Andai tak baik, cuba untuk memperbaikinya. :)

Bersyukur :) Alhamdulillah :)
zZz : Kita dikurniakan dua mata. Satu untuk melihat kebaikan orang lain. Satu lagi untuk melihat kekhilafan diri sendiri :) *spek tak kira ea ! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...