Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Khamis, 23 Ogos 2012

Impian BUKAN Mimpi

Fuhhh..dah berhabuk + berhapak dah blog ni...lama sangat tak update,

Assalamualaikum, saya ucapkan kpd pembaca.. dan
Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu a'min wa antum bikhair.. :)

Entah kenapa ..terdetik nak tulis post pasal ni.. --> IMPIAN BUKAN MIMPI..

Apa IMPIAN ana?

Idola ana.. Sultan Muhammad Al-Fateh..
dan sekarang ana minta tgh minat seorang tokoh pemimpin yg semakin menaik namanya..


Dr Mursi! Subhanallah!

dan ana sangat tergila-gilakan dia!

Di saat Malaysia..
makin tenggelam dalam permodenan..
makin diasak dengan hiburan..
makin keliru dengan hukum Islam..

satu demi satu negara di luar sana sedang melakukan revolusi!
tapi kita hanya duduk di sini,, goyang kaki ..semakin seronok duduk dalam keamanan. . buat endah tak endah pasal SAUDARA ISLAM kita di luar sana..

TERLALU BERSIFAT KE"AKU"AN

Teringat dalam satu usrah , yg disampaikan oleh masu'lah ana, kak Farhain,

"Kita ni, umat ISLAM terlalu bersifat ke-AKU-an..
bila negara ISLAM lain berperang..kite akan cakap.. "xpe..tu bukan negara AKU.."
bila terjadi kat bangsa lain.. "xpe..tu bukan bangsa AKU.."
bila terjadi kat negeri lain.."xpe..bukan negeri AKU"..
bila terjadi kat kelauarga orang lain.. "xpe..tu bukan keluarga AKU"
bila terjadi kat keluarga sendiri.. "xpe ..tu bukan mak ayah adik kakak abang aku.."
bila terjadi kat ayah mak abang kakak adik sendiri.. "xpe..bukan AKU.."

dan habis tuu..bile kene kat AKU..aku nak cakap ape? PADAN MUKA AKU! -GITU?

Dan disebabkan sifat inilah.. menyebabkan kita buat tak endah dengan SAUDARA MUSLIM kita di luar sana..

KIta boleh hirup udara segar di sini..
KIta boleh belajar dengan aman kat sini..
Kita boleh sambut aidilfitri dengan penuh keriangan di sini..




tapi mereka?

hanya asap kelabu yang tebal dihirup..
hanya beralaskan tanah menuntut ilmu..
hanya menyambut aidilfitri dengan tangisan dan darah..

tidakkah kita bersyukur?

MACAM MANA NAK BERSYUKUR?

Macam mana? oh, nak bersyukur bukan setakat cakap..
 " Alhamdulillah , negara aku aman"
pastu..duduk senyap2.. goyang kaki..

tetapi!

belajar lah sungguh2..
bila kita belajar sungguh2..kita jadi seorang profesional yang akan beri sumbangan kpd ISLAM
bila kita jadi seorang yang profesional..sambil2 tuu..kita hafal Al-Qura'n..
kan kita dah jadi seorang profesional dunia akhirat?
lepas tu..kita berusaha sebaik mungkin untuk wujudkan biah islamiyyah di sekitar kita..
kemudian..bile kite naik ke tahap seterusnya...
kite jadi PEMIMPIN UNTUK UMAT ISLAM!

tak kan lah kita cuma nak bagi doa jer kat diorang? kesianlah. tak kan lah kita tak nak buat apa2? apa guna Allah turunkan kite sebagai khalifah atas muka bumi ni?

INI IMPIAN SAYA!

kalau Dr. Mursi boleh..kenapa kita tak boleh.
Percayalah..atas dunia tak ada apa pun yang mustahil selagi bnde tu betul..
dari seorang rakyat biasa..sekarang diangkat menjadi pemimpin besar..
hah! tak mustahil kan?

kalau kita bersungguh-bersungguh untuk bangunkan ISLAM..Allah akan sentiasa tunjukkan jalan..
kalau sepanjang kita menempuh jalan tu..ada perkara yang pahit untuk ditelan.. ketahuilah.. Allah sedang bagi pengalaman berguna kat kita..

jangan sesekali rasa lemah untuk apa2 perkara yang pedih , pahit, sakit ,siksa yang kita alami sepanjang menempuh perjalanan ini.. sebab hanya kita jerr yang dapat.. orang  lain tak ade pengalaman tu?
Pengalaman tu lah yang akan mematangkan pemikiran kita,, insyaAllah.. :)

Maka , tidak mustahil.. untuk kita muncul sebagai Dr. Mursi ke-2 dan Sultan Muhammad Al-Fateh ke-2 bukan?

Sebelum ana mengakhiri post ana yang tal seberapa ni.. cuba kita lihat kembali hadis Nabi..

"Kostantinopel akan dibuka oleh sebaik-baik pemimpin yang mempunyai sebaik tentera dan sebaik-baik rakyat"

Cuba kita tanamkan dalam hati kita..

Jika aku menjadi rakyat..aku ingin menjadi sebaik-baik rakyat yang berada di bawah pimpinan sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera..

Jika aku menjadi tentera.. aku ingin menjadi sebaik-baik tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik pemimpin dan mempunyai sebaik-baik rakyat..

dan yang pasti..

Jika aku menjadi seorang pemimpin.. aku ingin menjadi sebaik-baik pemimpin yang juga mempunyai sebaik-tentera dan sebaik-baik rakyat,,

Sejarah akan berulang ! InsyaAllah! :)))



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...