Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Jumaat, 26 Ogos 2011

Mencari Keikhlasan..



"Seseungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat. Dan bagi setiap individu akan mendapatkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulnya maka dia menuju kepada Allah dan rasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada dunia kerana ingin memperolehnya, atau wanita kerana ingin dinikahinya maka dia menuju kepada apa yang dihijrahkan."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Setiap amalan itu dinilai melalui n
iat" ..ayat biasa yang kita selalu dengar bukan? Yup..benar.. setiap amalan bergantung kepada niat.. dan niat itu bermulanya di hati.. dan dari hati itu lahir keikhlasan dalam beramal..

Ikhlas ..satu perkara yang amat sukar untuk dicapai oleh semua manusia.. Ia bukan dihitung dari banyaknya amalan kita yang dikerjakan..mahupun dari lafaz " Ana ikhlas bantu anti" .. Tak..segalanya bermula dari hati.. Dalam hadis di atas juga menerangkan bahawa kita akan dapat kepada apa yang dihajatkan.. Jika niat kerana Allah..maka pahala lah bagi kita..dan jika kerana dunia..maka dunialah ganjaran kita..

Hidup kita kekadang penuh dengan amal..tapi sejauh mana keihklasan kita dalam melakukannya..Ikhlas itu sukar..kalau kita fikirkan bailk..dalam setiap amalan kita..selalu sahaja niat kita berubah arah ..dan diserang oleh satu penyakit yang berbahaya iaitu RIYAK!! Cuba selami kembali niat kita dalam melakukan sesuatu perkara..

Kita menuntut ilmu..
Adakah kerana Allah?? Untuk bangunkan Islam satu masa nanti??

Kita membantu ibu ayah..
Adakah kerana suruhan Allah..atau sekadar tidak mahu mendengar bebelan ibu??

Kita mengerjakan solat..
Adakah kerana mengharapkan redha Allah..atau sekadar mahu memenuhi kewajipan??

Kita melaksanakan sesuatu amanah..
Adakah niat kita kerna menagih kasihNya??

Tepuk dada tanya iman..apakah niat awal kita sebelum meakukan sesuatu..kekadang..kita buat sesuatu pun tanpa niat.. tapi kita kena ingat ..bukankah sesuatu perkara kebaikan itu andai diniat kerna Allah itu dikira sebagai ibadah?? Dan kita peroleh pahala??

Dalam setiap perkara yang kita lakukan.. intailah dahulu apa yang kita fikirkan. Pastikan nawaitu kita ikhlas dan matlamat kita jelas..Pada pandangan ulamak, mereka bersepakat menyatakan ikhlas itu dalam tiga bentuk..

1. Apabila kita melakukan sesuatu kerna mahukan pahala atau syurga Allah..
2. Apabila kita melakukan sesuatu kerna ingin menjauhi dosa atau neraka Allah..
3. Apabila kita melakukan sesuatu kerna tagihkan redha Allah..

Sesiapa yang amalannya dimulakan dengan salah satu daripada niat di atas.. InsyaAllah..dia akan mendapat ganjaran dari sisi Allah..

Oleh itu, belajarlah untuk ikhlas..kerna ikhlas itu kunci segala amal.. tnpa ikhlas.. amal kita sia2..pahala tak dapat..yang dapat hanya penat dan lelah..


Saidina bin Ali Talib berkata..
"Orang yang bersifat riyak itu mempunyai beberapa tanda: malas kita bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan ramai, menambahkan amal kebakian apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tidak diambil peduli"







Sekadar perkongsian dari seorang hamba Allah yang mencari redha -Nya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...