Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Jumaat, 8 Jun 2012

Bersyukur, Bukan Kita :)

Sakit tau kalau jatuh!

"Jangan gelakkan orang yang jatuh, sebaliknya bersyukurlah kerana bukan kita yang jatuh "

Okayh! Ana suka ayat ni. Sebab die ade tampal kat dalam tandas muslimat n depan tandas dorm ana.
Haha! Bukan itu sebab utama. But, Ana amek masa yang agak lama untuk fikir n adapt ayat ni dalam kehidupan ana :)

Again.
-Jangan gelakkan orang yang jatuh, sebaliknya berSYUKURlah kerana bukan kita yang jatuh - 

Yup! Betul !
Tapi..kita boleh je "ubah" ayat ni ..jadi macam2 bntuk lagi..

Kalau ade orang kata..
"Ishh..amende laa.pakai dedah sana ..dedah sini.. tak malu ke haa?
Cuba jawab..
"Jangan asyik mengata org lain.. bersyukurlah kita ngan family kita tak macam tu..

Kalau ade orang kata..
Die tu harap jee muka cantik..akhlak xelok langsung..*bajet gile~
Cuba kata..
"Bersyukurlah rupa kita ni biasa2 je.. Alhamdulillah kita tak macam dia.."

Itulah antara contoh yang tak seberapa :)
Kalau kita nmpak kekurangan dari seseorang , cuba kita jangan mengutuk die..
Dah kalau kita tak mampu nak ubah die, kita senyap je lah kan. MUngkin die bukan org yang kita kenal or orang awam. Tak kan tiba2 nak pi terpa kat dia berdakwah kowt? Kite pun takut nk buat.

Muhasabah diri semula :)

Langkah mudah : Bersyukurlah kita tak macam tu =.=" :)

Selalunyee kita tak tahu kenapa die mcm tu kan? Kita tak tahu asbab2 nyee..
Jadi. senyap. dan berdoa dia akan berubah satu hari nanti.

Cuba kalau kita berada di tempat die. Mungkin same je kite ngan orang tu.
Mungkin pembaca boleh baca artikel ni :) from: abg fasi dr Darul Qura'n :)
Artikel ni cerita , yang apa rasanya kalau kita berada di situasi yang kita sendiri terperangkap dengan dosa?

Mudah untuk kita cakap.. "Mereka patutnye mcm nii.. tak boleh macam tuu.. "
Tapi.. once kita merasai pengalaman berada di tempat mereka.. kita sendiri tak tahu nak buat ape2.
Maka, Bersyukurlah andai kita tak pernah merasai melakukan satu dosa itu. Kerna Allah menjaga kita :)
Teruskan berdoa supaya Allah terus menjaga kita :)

Akhir kata, bersyukur, atas segala ketetapan Allah yang baik2 kat kita. Andai tak baik, cuba untuk memperbaikinya. :)

Bersyukur :) Alhamdulillah :)
zZz : Kita dikurniakan dua mata. Satu untuk melihat kebaikan orang lain. Satu lagi untuk melihat kekhilafan diri sendiri :) *spek tak kira ea ! :)

Sabtu, 2 Jun 2012

Karpet Merah Sekadar Mimpi



.......
.........
...........

Kita adalah manusia yang sentiasa berada dalam pencarian. Terkadang kita teraba-raba dalam kegelapan. Terkadang ada cahaya yang datang menyuluh jalan, dan itulah yang kita katakan kehidupan. Abang pasti dirimu dapat mencerna makna yang tersembunyi. Carilah cahaya itu.. cahaya yang terbit dari agama Ilahi..

 Perjuanganmu masih panjang dan berliku. Jika dalam benakmu tertanam keyakinan bahawa ada hamparan KARPET MERAH dalam perjalanan hidup seorang penegak kebenaran , buanglah pemikiran itu jauh-jauh sehingga tidak terkesan lagi oleh pandangan mata.

Kita akan terus diasak dengan pelbagai cabaran, halangan dan penderitaan . Andai imanmu rapuh dan semangatmu terbang, tanyalah dirimu kembali. Apakah yang kamu santap untuk rohanimu? Sempurnakah ibadahmu? Ikhlaskah hatimu berdakwah di jalan-Nya ? kamu berada di jalan ini atas sebab Tuhan atau manusia? Soalan-soalan ini menagih jawapanmu ..

Perjuangan menegakkan agama Allah menuntut pengorbanan. Cuba selak lembar sirah nabi . Betapa hebatnya dugaan yang ditempuh baginda saat ingin menyebarkan kebenaran Ilahi. Baginda dilempar najis , disakiti, dituduh gila dan pelbagai perkara buruk lagi. Apakah mungkin jalan yang kita tempuh kini seteruk dan sedahsyat itu? Soal imanmu.. Soal bertalu-talu.

Namun, beringatlah. Fitnah sering dilemparkan pada manusia-manusia ANEH seperti kita. Ya, aneh pada pandangan manusia yang tidak mengerti makna perjungan. Abang pernah disuntik dengan kata ini oleh sahabat yang berada di Palestin.. "Tiada sesiapa yang akan membuang kita dari jalan dakwah kecuali kita sendiri yang tewas dengan tekanan dari manusia. Cukuplah hanya Allah sebagai saksi perjuangan kita"

Sungguh jelas kebenaran yang terbias dan abang yakin kamu juga pasti menhulurkan persetujuan. Cukuplah ayat2 Allah yang menyembuhkan luka-luka perjuangan. Cukuplah Allah bersamaku....

di credit - Kuntum Cinta di Taman Syurga : PTS :) 

Bayu dakwah perlahan-lahan menyusup ke jiwa....
Jalan dakwah tak kan pernah mengenal erti suka..
tak kan pernah kenal erti "mudah"..
yang pasti..seribu satu pengorbanan itu akan dituai hasilnya di akhirat kelak... InsyaAllah..
 


Ahad, 27 Mei 2012

Perangi dengan Kebaikan :)

Perangilah manusia dengan kebaikan...



"Biarlah kehidupan ini berlalu dengan kebaikan, jawatan serta pangkat tiada nilai di sisi Allah SWT, kerana hakikatnya takwa Allah menentukan taraf manusia di sisi- Nya. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya akan hancur punahlah dosa kejahatan itu, berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik, kerana FITRAH kejadian manusia SUKA AKAN KEBAIKAN. Tidak selama-lamanya golongan yang lemah itu akan lemah buat selama-lamanya dan tidak selama-lamanya golongan yang kuat itu akan kuat buat selama-lamanya.Kepada saudara seperjuangan, taatilah ana sekiranya Al-Qura'n dan As-Sunnah menjadi pegangan ana, .Sekiranya ana derhaka akan keduanya, maka tiada lagi ketaatan buat ana...
                                                                   -Imam Besar Surau Al-Ehsan, SmApk-

Salam! Lama tak ketemu!
Semoga pembaca dalam keadaan sihat hendak -Nya.
Dah baca ayat kat atas tu?
Menarik kan? Terasa semangat dakwah menyusup dalam diri..Alhamdulillah..

Dakwah Bil Hikmah

Ma ma'na da'wah bil hikmah?
Jawapan yang ana selalu denganr.. 
"Dakwah biar berhikmah.. adalakalanya kite guna cara lembut, ada masanya kita guna cara keras.."
Huh~ cara keras..ade ke orang nak terima?
Ntah...tanya diri kita sendiri.. kite suke tak orang marah2 kita? Kite akan terima daie cm tu?
99% akan cakap "TIDAK!"

Yup! Benar..even ana sendiri..nak terima teguran dengan cara kasar pun kene tenangkan diri dan sabarkan diri dahulu.. kalau ikut perasaan..dah lama sembur balik kat orang tu..

Benar..setiap manusia suka akan kebaikan..sejahat-jahat manusia atas muka bumi ini..mesti sukakan kebaikan..
Macam lelaki??? Sejahat mana lelaki itu suka permainkan perempuan, dia tetap akn pilih perempuan yag solehah sebagai suri rumah tangganya..Mudah kan analogi ana?

Begitulah juga dengan konsep dakwah,
Manusia lebih suka dibelai dari dilibas..
Pendekatan yang lembut..lebih disenangi dari pendekatan yang keras..

Tetapi..naqib naqibah kat sekolah selalu cakap..
"Kalau guna cara lembut lagi tak makan saman budak2 tu..kite guna gak cara keras.. kita "wash" diorg habis2"..
Hah, memanglaa.. memang tak makan saman..sebab kita asyik dok cakap diorg tu tak makan saman lah,.. hati dah gelap lah... dan sebagainya.
Bukankah perkataan itu satu doa.?
Kita pernah tak doakan diorag dalam doa kita?
Mesti kebanyakan kita akn cakap "TAK!"
Kita tak pernah ingat diorag pun dalam doa kita.. Betul tak?
Tepuk dada tanya iman.

Di sinilah kesinambungan dakwah itu berlaku..
Selalunya kita hanya melakukan usaha...tapi kita jarang bertawakal kepada Allah..
Ingat! Manusia tak kan pernah mampu bagi seseorang hidayah melainkan dia hanya mampu jadi asbab kepada seseorang itu mendapat hidayah...

Berbalik kepada isu tadi... ana teringat kisah naqibah ngan naqib kat sekolah..

Naqibah: 
Apa tujuan korang buat liqa' ni? nak jumpa budak2 masalah ni buat apa? objektif kita tak tercapailah ! korang tak marah pun? kitorang marah korang suruh senyap? 
Naqib:   
Tadi korang sendiri kate jangan marah. kitorang tak marah laa. lps tu korang pulak yang marah..
Naqibah :
Korang tau tak objektif kite tak tercapai bile korang tak marah. dah tak marah korang nak buat ape? kitorg ckp jgn marah sbb ade "fulan" die da banyak kali kene..kesian arr....kitorg naqibah sume suke bile naqib ade yg ckp "bla.. bla..(satu ayt PEDASSSS)"..
Naqib   : 
Kalau ana ana akan rasa malu. Ana tak suke cara tu..nnti ana balek mesti ana memberontak..
Naqibah :
Dengan bagi die malu laa die akan sedar..!
Naqib   :
Tak ..kite kembali kpd cara dakwah Rasulullah...Rasulullah kalau marah pun baginda hanya 
berpaling...

Biru : Rasional
Merah : Emosional :) (perempuan sememangnya emosional~)

Fuhh~ die cakap jer ayat tu..naqibah terus senyap..tak tau nak ckp ape lagi..

Tringat cara Rasulullah berdakwah..
Benar..walaupun Rasulullah pernah dijerut.. dibaling dengan najis.. dicampakkn batu.. Baginda tak pernah balas dengan secebis kejahatan pun..  
Tapi..Baginda tetap truskan sebarkan dakwah dengan penuh hikmah.. dan hikmah itu ialah dengan cara KEBAIKAN..

Mesti pernah dengar..
Baik dibalas baik..biasa..
Baik dibalas jahat pun biasa..
tapi.
Jahat dibalas baik..luar biasa..
Kenapa luar biasa?.. Sebab orang jarang buat..

So..balas laa kejahatan dengan kebaikan..

Dah xtau nak cakap ape..InsyaALLAH ana akan curahkan idea yg lebih menarik utk post seterusnya..

zZz : Teringat doa dari sahabat seperjuangan..(lebih kurang cmni lah..
 " Ya Allah..kami tidak sehebat sahabat-sahabt2 Rasulullah dalam menegakkan agamaMu.. malah kami tidak mampu mengangkat senjata untuk berjuang di jalan Mu.. tapi kami mohon..berilah secebis  kekuatan dan keberanian mereka dalam berjuang menegakkan agama Mu.."





Selasa, 13 Mac 2012

Tersedar :)




Tersedar dari lamunan. Entah dari mana datangnya kesedaran. Oh, semuanya dari ALLAH. Dia yg beri. 

“Akak kenapa akak jarang naik dorm? “
Tersentuh. Terkilan. Tapi Cuma mampun senyum dan menjawab ,

“ Oh, time tu akak malas. Akak tak sedar lagi. Sekarang Alhamdulillah. Lepas akak pergi kem DQ hari tue. Akak tersedar. Alhamdulillah. Sbb tu skrg akk da selalu naik dorm

Amanah

Sesuatu yg “fragile”. Sebelah kaki di syurga . Sebelah kaki di neraka. Tersilap langkah, habis musnah. Saya terkilan apabila melihat seorang senior apabila dia menangis tika mengatakan ..

“ Adik2 ni tanggungjwab akk2. Nanti Allah akan tnya akk smua yg dah dipertanggungjwaba kat akk ni. Akk xnak amanah yang akk pegang ni yang akan menyebabkan akk masuk neraka. Allah akan tnya kat akak, “Kenapa akk biarkan adik2 solat lambat? Kenapa akak biarkan adik2 couple?” Akak xnak adik2 tarik kaki akak ke neraka kalau akk ada kesempatan untuk masuk syurga. Sebab ? Sebab akk tak bimbing adik2”

Satu pernyataaan ikhlas dari hati seorang “kakak”.

Tenaga

Teringat satu tazkirah. Lebih kurang cmni la tazkirah die.

Tatkala seorang sahabat nabi (xingt nama) berada bersama sahabat2 yang lain dalam sebuah bilik. Kemudian beliau bertanya “ Kalau kamu diberi peluang untuk membuat permintaan, apa yang kamu akan minta?” Jwab sahabat  1  “Saya akan minta emas yg banyak dan akan sedekahkannya kpd jalan Allah”. Jwab sahabat 2 pula “ Aku akan minta permata dan sedekahkannya ke jalan Allah”. Wahai Amirul Mu’minin, apa yang akan kamu minta? “ Jawab beliau, “Akan akan meminta agar bilik dipenuhi dengan orang2 seperti  Abu Ubaidah ,.. (dan beberapa org lagi sahabat). (nanti ana cari cerita yg betul2)

Konklusi dari kisah ini. Segalanya memerlukan tenaga. Kenapa Amirul Mu’minin tersebut ingin orang2 seperti Abu Ubaidah? Kerna Kekuatan cinta Nya kepada Allah. Taqwa yang tinggi. Semangat jihad yang tinggi. Tanpa kekuatan dan kudrat dari seorang insan, kita tidak akan mendapat harta atau perkara yang lain.  Sebab, smuanya bermula dari kudrat. Dan ISLAM memerlukan kudrat kita.

Tarbiyyah

Tidak semua perkara memerlukan TARBIYYAH, tapi segala-galanya bermula dengan TARBIYYAH.
Tarbiyyah diri sebelum mentarbiyyah orang lain. Manusia selalu memikirkan cara utk mengubah dunia, tapi kita jarang berfikir untuk mengubah diri.  Maka, ubah diri sendiri dahulu. Model The Way. Orang lain tak akan berubah kalau bukan kita yg mulakan perubahan tu. Semuanya bermula dari diri sendiri.
Maka. Ubah diri sebelum ubah orang lain. 

Ask the strength from HIM. We are not strong enough to change ourselves because we are not perfect. And all the human being are not perfect. So. HE is the most perfect.. Trust in HIM. InsyaAllah. He will show the way…. 

Setelah tersedar. Marilah kita membuat transformasi dalam diri. Kerana semuanya bermula dari KITA!
Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi? dan kalau bukan KITA , siapa lagi?
Wallahua’lam. 

Rabu, 25 Januari 2012

Allah Adil kan?

Salam!
Sajer jer nk update!
Bca kat fb jer!
JOm muhasabah!

Marah?
Pernah tak kite buat org marah?
So. jgn marah sngat la kan kalau org wat kite marah sbb kite pun prnh buat org marah kan?

Kecewa?
Pernah tak kite wat org kecewa?

so. Jangan kecewa sangat laa klu ade org wat kite kecewa. sbb kite pun prnah buat org kecewa kan?

Sedih?
Pernah tak kite buat org sedih?
so.jgn sedih sangat laa kalau sebelum ni da ade org yg kita buat die sedih.

Saket hati?
Pernah buat org saket hati tak?
so. kalau da saket hati ngan org jangan laa smpai berdendam. 
xbaik! 
kite pun mesti laa prnh buat org sakit hati kan?

Da tak tau nk tulis perasaan ape lagi.
Tapi mesej yang nk disampaikan:
Allah itu Maha Adil.
What u give u get back. 
right?
so. jgn emo dalam stiap tindakan.
fikir guna ke-rasional-an minda kita!
oke?

Dari Hati yang Masih Mencari.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...