Islamic Widget

Jadilah seperti si pohon semalu, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah...

Marquee

Ahad, 26 Disember 2010

Lidah itu Tajam~




Di beberapa tempat..terdengar suara2 yang begitu asyik untuk didengari..


"Kau tngok cara dia jalan..lawak gile..

"Die pegang cawan pun macam nih..

"Asal die jalan camtu eh??

"hahahahahahahahaha.."

"Die tu ..harap je muka baik..tapi perangai..hish!

"Betullah kata majalah nih Lia..artis nih memang gatal..suke kacau laki orang..


Hmm..mesti kita semua pernah dengar "ayat2" macam kat atas nih kan..??
Betul tak? (kecuali orang yang benar2 menjaga hati dan imannya)

Jwapan anda..mesti..


Ya! Saya pernah mendengarnya!


Hmm..kalau lah kita terlibat dengan perbuatan "keji " macam nih..
Mesti..
Kalau terINGAT.. rasa nak gelak pun ada..
Kalau ter SEDAR.. rasa nak nangis pun ada..

Ok2..sbnrnya,,entry kali ni..ana nak cakap mengenai MENGUMPAT..

Mengumpat ini selalunya sinonim ngab perempuan kan???
Hahahaha..macamlah laki x mengumpat..adoyai..

Hah!
Di sini..
..ana nak letak beberapa Pembahagian Mengumpat~
  • Sindiran ~ menujukan sesuatu ucapan kepada nama seseorang sekalipun tidak menyebut namanya, contohnya macam ni.. " Ada seorang hamba Allah tu kan.. baru saja balek umrah, tapi perangai tak jugak ubah ".. kat sini.. orang yang ditujukan ucapan tu faham bahawa dialah yang dimaksudkan..

  • Menyinggung Tanpa Sedar ~ menyebut tntang nasib malang yg menimpa seseorang dalam bentuk "kesyukuran" seperti berkata.. "Alhamdulillah, Tuhan tidak mengenakan aku bala seperti ini". Ucapan itu didengari oleh orang yang mendapat musibah itu dan dia berasa tersinggung. Tanpa sedar orang yang menyebut itu telah melakukan dosa~ (huish! bahaya nih! kita x sedar pon)

  • Benci Dalam Pujian~ memuji dengan niat yang tak baik, contohnya.. "Bagusnya 'si A' tu.. dapat keputusan cemerlang . Tapi sayang , perangai dia sama macam kita juga. bukannya baik sangat pun" .. kalau tak pun.. seseorang itu menyebut keaiban seseorang yg lain di hadapan orang ramai tanpa menyebut nama orang tu..Orang ramai tidak dapat mengagak siapakah yang dimaksudkan.. Lalu dikatakan lah.. " Subhanallah! teruk betullah 'si B' itu. perangainya.. (menyebut beberapa perangai 'si B' yang memang sudah diketahui ramai). Bila disebutkan perangai2 tu.. orang rmai pun mestilah tahu siapa yang dimaksudkan kan?? Jenis yang macam niy lebih besra dosanya kerana si "pencerita" nih menggunakan nama Allah (Subhanallah) sebagai perantaraan untuk "menguatkan " umpatannya..

  • Mendengar pun Berdosa ~ Membaca tulisan tntang aib seseorang , samalah seperti mendengar si penulisnya mengumpat tentang orang tu.. Melihat orang mengajuk - ajuk atau mempersendakan gaya seseorang , samalah seperti mendengar orang itu mengumpat tentang orang yang diajuknya. Mendengar orang mengumpat , dosanya sama seperti mengumpat juga..Kita pun sama2 dapat "saham" dosa walau kita hnya mendengar.. kecuali jika kita usahakan untuk menghindari semua itu. Kalau tidak mampu menegah dengan lidah, tunjukkan sikap tak suka atas apa yang sedang berlaku..

Itulah antara pembahagian MENGUMPAT..

Lidah tu tajam kan??

Kalau ada orang tanya ..

Benda apa paling tajam kat dunia..
Jawapannya bukanlah pisau..bukanlah gergaji mahupun parang..
Tapi..
Lidah...
Lidah yang yang fizikalnya lembut inilah merupakan benda paling tajam kat dunia tau!

So..konklusinya~ mengumpat ukan semata-mata dengan kata2 . Apa saja yang yang menujukkan kepada maksud mengumpat, maka ia adalah HARAM. Mengisyaratkan dengan tangan perihal rendah atau tinggi seseorang ..meniru gaya berjalan seseorang..menulis mengenai keaiban seseorang..semua tuh masuk dalam kategori mengumpat..

Udah2 le tu..
Sampai sini sahaja post ana kali ini..
Bersama kita muhasabah diri!!!

Sumber: Asuh keluaran 118..^_^

Renungan..

" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanykan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mancari-cari kesalahan atau keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah setangah dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya . (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada Allah ; Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat , lagi Maha Mengasihani. "

(Al-Hujraat : Ayat 12)







Selasa, 21 Disember 2010

Aku "Budak Agama"


"Budak Agama"??

Ouh..ape nih? Sape pulak yang diberi gelaran "budak agama"??

Adoyai..meh ana jawab..

Ana nak tulis sikit2 jer sbb post pasal nih dah ada kat satu blog lain..
Ok kawan2..
Cuba kita fikir balik..hmm..

Kenapa kita nak masuk SEKOLAH AGAMA??

Mesti ada yg jawab..

Ana nak jadik baik..
Ana nak berubah..dulu ana lupa akhirat..
Ana dah serik hidup tanpa agama..
Ana nak carik cinta hakiki..
Ana nak cuba jadi Dai'e..

dan tak ketinggalan jugak..

Ana kena paksa ngan kluarga..sbb ana nih nakal sgt..

Ok2..

First sekali..ana nak pesan kat kawan2..kiter masuk skola agama nih..niat kena lah betul..
Sebab apa??

Kawan2 perasan tak??
Orang luar pandang hormat sangat kat kite..
Kalau ada masalah agama..kite jugak yang jadi rujukan diorang..
Kalau nak peribadi yang dicontohi..selalunya..budak sekolah agama..

Tapi..
Semua benda tu ade ke kat budak sekolah agama sekarang..???
Tepuk dada tanya iman..

Ana pun bukanlah insan yang selayaknya nak cakap benda nih..tapi..same2 lah kita muhasabah diri..

Kalau kita tengok budak sekolah agama sekarang..
Sekali pandang..
Macam budak sekolah biasa..
Dua kali pandang..

pun sama jugak.. tak ada apa pun yang membezakan kita ngan diorang..

Haish~ Tak kan namanya tu..FITNAH KEPADA ISLAM???

Kenapa pulak kita jadik FITNAH KEPADA ISLAM??
Sebab..
Kadang2..ada yang langsung tak sedar ..budak sekolah agama nih..
bawak IMEJ ISLAM..
Kita duduk dalam bumi penuh tarbiyyah..
Setiap hari mesti ada pengisian kerohanian kat skolah kan??
Bohong kalau anda menafikannya..

Kalau kita tngok sekarang..dalam facebook dan seumpanya..
"Budak Agama" nih jugaklah yang "over"
Hmm..xtau lah..

Ok2..berhenti setakat tu..
Kita masuk benda lain sikit bawah tajuk yang sama..

Sementra ada insan2 seperti di atas..wujud pulak manusia jenis yang ana tak tahu nak klasifikasikan dekat mana..

Ada yang jenis tunjuk alim bagai nak rak dekat sekolah..
Sekali balik rumah..
Adoyai..ish3..
Al-Qura'n jarang baca..
Solat pun lambat..

Ana paling panas kalau seseorang tu die anggap die dah baik..
Kemudian dia ceritakan kebaikan dia kat sekolah(baca Al-Qura'n, solat sunat etc..)..
Tapi bila kat luar sekolah..kita tengok dengan mata kepala kita sendiri..
MasyaAllah!!!! Lain sememang-memangnya lain!!!
Dan boleh pulak die kate ..
Alaahh..itu kat sekolah..ini kat rumah..
Lupakah dia akan ayat Allah??

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. (3)"
(As-Sof : Ayat 2 dam 3)

Ana sedih sangat..bila teringat orang2 macam nih..
Sebab ana pun pegang tanggungjawab yg berat kat sekolah..
Orang puji kita macam2 sebab tngok sifat kita dari luaran..
Tapi HATI kita Allah jer yang tahu..

So..kawan2..
Sama2 lah kita perbaiki diri kita..
Sanggupkah kita jadi FITNAH KEPADA AGAMA yang suci ini??
Tak rasa ke beratnya dosa kita..??
MasyaAllah..

Ana pun mungkin tak lari dari perkara2 ni..
Tapi sama2 lah kita muhasabah dan perbaiki diri kita..
Kita pegang imej Islam yang sepatutnya kita bawak dari dulu lagi..

Maaf kalau post nih ada menghiris hati sapa2..

Akhir kata..

Yang baik datang dari Allah..
Yang buruk datang dari Allah juga namun bersandarkan diri ana yang lemah..

Wallahua'lam..

Khamis, 16 Disember 2010

Awas!! Berharga!!!~


Huh?


Apa yang berharga sangat tu sampai kena berjaga-jaga?


Agak2???


Meh ana jawab..apa yang berharga buat seorang muslimah?? Tak lain tak bukan..


AURAT!


Ya! Itulah isu yang ana kongsikan sedikit kat blog yang tak seberapa nih..


Hmm..berbicara soal aurat..dewasa ini..umat islam semakin leka mengikuti arus modenisasi.. Sampai TERlupa untuk menutup aurat secara sempurna..

Contohnya..pakai tudung tapi berbaju lengan pendek, bertudung tapi jarang dan 1001 jenis pakaian yang mengikut "trend" kini..

Pakaian BUSANA MUSLIMAH zaman sekarang ini pun, ana tengok tak adalah "muslimah" sangat pun..ader jer yang mengikut bentuk badan, pakai tudung tak tutup dada, dan macam2 lagi lah..


Hmm..kat sini ana nak kongsikan TIP MENUTUP AURAT..



  1. Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Amat penting bagi setiap muslimah mengetahui batasan aurat, ciri2 pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam aurat dan sebagainya..~

  2. Sedar bahwa tuntuan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sesekali kita ambil sambil lewa dan bersikap acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar tau!

  3. Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri2 pakaian yang menutup aurat. (budak skola agama kena alert! kiter bawak imej islam tau!)

  4. Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar dengan yakin, tanyalah cermin(cam crita ape eh?), "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?". Jawapannya perlu perlu dijawab berdasarkan ciri2 pakaian patuh syariah..

  5. Asingkan pakaian kepada dua kriteria ; sesuai atau tidak dipakai dihadapan ajnabi. Pakaian yang tidak menutup aurat secara sempurna boleh dipakai..tapi apabila bersama mahram lah..

  6. Malu. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat dihadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut gelisah dan sebagainya walau sekadar mimpi tidak bertudung. Malu itu cabang iman kan?

  7. Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah..

  8. Esklusif. Semua wanita itu cantik. Kalau tak..manakan wania menjadi sejata iblis untuk melemahkan kaum adam. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kuniakan sebagai milik esklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun pelu membayar mahar untuk memilikinya..(rugi, kan? sungguh rugi org yg mendedahkan aurat ni..kalau die dedahkan semuanya untuk tayangan umum..apa yang tinggal untuk suami die nanti??)

  9. Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah pasal gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini..

Itulah "sedikit" benda yang ana nak kongsikan..buat akhawat sekalian..


Sedarlah ..aurat kite tu hanya layak dipandang oleh orang yang SELAYAKNYA sahaja...


Siapa yang LAYAK tuh?? Of course suami kita nanti..


Fikir2kanlah..Seindah hiasan ialah wanita solehah..Janganlah kita jadi fitnah kepada seorang lelaki..


Nauzubillahi Min Zaalik..


Wallahualam..

Sumber:Solusi~

Sabtu, 11 Disember 2010

Hijrah,..




Hijrah..

Ya..satu perkataan yang tidak asing lagi untuk didengar oleh umat Islam dalam masa yang terdekat ini.
Awalan, Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam..

Hari ini, ana bukanlah ingin berbicara mengenai hijrah Rasulullah, tetapi, sedikit coretan mengenai hijrah..untuk menjadi seseorang yang lebih BAIK..

Hmm..bercakap mengenai brhijrah@berubah..perkara yg agak susah bukan?
Series..ana sndiri merasainya..
Sebelum ini..mungkin kita pernah mengharap orang yg "kurang baik" agar dapat berubah.. lalu berkata dalam hati kalau dia tak berubah.."Apesal die ni susah sangat hah nak berubah?!"..
Tapi..bila kita dah rasa "perasaan" yang sama bila berada dalam situasi yg sama,,
Baru kita tahu.."Ya Allah..susahnya nak berubah.."

Betul tak?

Sebab itu..kita kat dunia ini..memang tak layak nak menghukum orang..
Kita langsung tak layak nak kata kawan kita tuh sosial lah..gedik lah..jahat lahh..dan sebagainya..
Sebab, tak ada manusia yang smpurna...

Memang selalu..kalau kita nak berubah..mesti ada suara-suara sumbang yang datang menjerit kat telinga.."Mak ooi..dah jadi ustazah lahh die nih..." tak pun, " Nak tegur aku konon..blahlah!..Ko tak payah laa nak munafik!"..dan bermacam lagi tohmahan..

Bagi mereka yang lemah..tidak mempunyai sahabat sebagai pembangkit semangat..mereka akan cepat berputus asa..Di sini..pentingnya sahabat bukan?
Tapi..bagi yang benar-benar ingin berhijrah..segala tohmahan..dianggap sebagai ujian kepada mereka..

Allah kan ada berfirman..


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan " kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, ka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang manakah orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah yang dusta"
(Al-Ankabut 2-3)

So? Apa kita nak kata lagi? Sudah jelaskan samua itu ujian dari Allah?

Benar . Hijrah itu sangat susah.Terlalu banyak pengorbanan perlu dilakukan. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan yang kita suka bukan lah perkara yang mudah. Lagipun syaitan tak akan berhenti untuk terus berbisik agar kita membatalkan niat kita untuk berubah.
Ditambah pula dengan manusia-manusia yang tidak pernah berhenti membuka mulut melontarkan tohmahan-tohmahan yang menikam hati..

Jalan terbaik..sabar..Allah bersama-sama orang yang bersabar bukan?

Selain itu, dalam langkah untuk kita nak berubah..sudah pastinya memerlukan mujahadah yang tinggi bukan?
Seorang yang bermujahadah rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul.

Kata Imam al-Ghazali:
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin."

So..konklusinya?

Marilah kita berhijrah! Kita nak berubah kerana Allah bukan? Jadi, kenapa kita kena layan orang-orang yang sentiasa cuba untuk menjatuhkan kita itu? Pedulikan mereka. Kita yakin akan pertolongan Allah..

Akhir kata..ambilah langkah terbaik utntuk mengharungi hidup penuh liku ini..


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Ali-Imran : 200)

Selasa, 23 November 2010

Ada apa dengan HATI??



Ya Allah kurniakan kepadaku HATI seperti ini...



Hati yang Sedar


Firman Allah, yang bermaksud :


Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.


(Surah Qaf 50:37)




Hati yang Bersih


Firman Allah, yang bermaksud :


Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)


(Surah As-Syams 91:9)





Hati yang Lurus



Firman Allah, yang bermaksud:

(Mereka berdoa dengan berkata ) :



" Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."


(Surah Ali-Imran 3:8)



...dan Kaupelihara daripadaku hati ini...



Hati yang Terhijab (tertutup)



Firman Allah, maksudnya :

" Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (Al-Qura'n), padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat ( yang menjadikan mereka pekak). "


(Surah Al-An'am 6:25)

Rabu, 8 September 2010

Husnuzhon, and The Way Will be Shown


www.iluvislam.com


I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.



My Friend : Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?

Me: Why? What happen, be cool..

My friend : Firstly, Only after we past the toll, i realize that i am wearing my old garbage shoes! I have bought a new shoes for this event, but i forgot that I have left it home! I got into the car without changing my shoes!

Me: what? Hahaha...

My friend : Secondly, its my bag! i can't pull the zip! I got a lot of stuff to bring! and i don't wanna leave any single of it...i think now its more than my weight excess limit..may be i have to pay extra for the excess...

Me: (speechless).. Control your emotion..


My Friend : And for my bonus, why must this thing came to me at this moment? Its not the time yet, It should be another week! Do you understand what i mean?

Me: No..I don't

My Friend : I mean menstrual period lol!..its not the time yet!..

Me : owh..sorry...Ok..Ok..can you please calm down? and take a deep breath? And pray to Allah

My Friend : I'm trying..but I'm really frust..anyway thanks for your advice..the phone line is not so good, your voice is breaking up...

and the line cut....and what I can do is to pray for her, may Allah ease her on every situation.

And that night, just a few minute before her flight departure, I got a text message from her..

Hi there, everything is just fine...

1. About my shoes, my dad just bought for me an expensive branded shoes at the airport and Its one of my dream shoes.

2. He also bought me a bigger baggage, only after that we realize that my small bag is only for 3kg. So, after changing the baggage, all my stuff is still below the excess limit.

3. Because of the menstrual period, I don't have to worried about my solat, either to jama' or qasar, God ease me and helped me a lot! Syukur Alhamdulillah. Ok, see you then, and thanks.



So, there is always a good reason and explanation beyond everything that we assume as a bad luck. Be positive, Husnuzhon, and we will be shown..

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

65:2 With that is admonished he who believes in Allah and the Latter Day. And whoever keeps his duty to Allah, He ordains a way out for him,

65:3 And gives him sustenance from whence he imagines not. And whoever trusts in Allah, He is sufficient for him. Surely Allah attains His purpose. Allah indeed has appointed a measure for everything.

(At-Talaq : 2,3)

Sabtu, 4 September 2010

Tiba ke Destinasi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Tarikh 3 Septmber memang satu tarikh yang tragis bagi ana..huhuhu...kena tinggal train wei..!!!
Saat ini Alhamdulillah ..ana dah selamat sampai kat rumah..


Nak cite pasal smalam...
Pagi tu ada sambutan raye ringkas kat masjid..pas2 adelah akak datang jumpa ana ..bg note pasal tiket kitorang malam tu..
ape yg ana ingat ...dlm kertas tu ade tulis..(krts tu dh hilang..tp akak kt taiping tu ade lg..)
masa: 11p.m.-4.07a.m
seat: 13a/13b

itu je la ana ingat..

kitorang sampai kat kl sentral kul 8.30 cam tuh.. so kitorang wat selamba badak je la..hehe..
almaklumlah tiket kul 11..k.syafa ngan k.mira dah ready dah nak naek train lps solat..
kitorang wat biase2 jer.. siap g makan kat ats lg tau..

tetibe lps makan..semasa ana tgh asyik berbalas sms..kaban dtg..
die pon kate.."engkau ke putri yg tertinggal train tu?" ana jwb lah dengan megahnyer.. "mana ade..kitorang punyer train kul 11..".. pas2 x pe lah..die pon pergi..

tibe2,,dalam bebebrapa saat..die muncul balek..die kate ape ntah..tp yg pastinya die bg tau kitorang yg kitorang tertinggl train..

terkejut gile nak mati time tu.. Nauzubillah...memang frust..
time tu jugaklah pertukaran no telefon berlaku.. habisssssssssssss!! dah la no ana no baru..
tetibe senang2 je dpt kat putra.. dah tu..putra form4 ngan form5 plak tu...MasyaAllah....expert jiddan!!! huhuhu...nak nangis rasenyer...seolah2 maruah dicalar..

ape yang memalukan..time putra form4 tu telefon..ana memang tengking lah.. sedih ...
ana rasa malu sgt sbb ana marah die..
tp..pastinya ana dah minta maaf la..

hari niy..pak cik kak mimi amek kami kat sekolah sampai ke Tanjung Malim.. pas2..ayah K.mimi amek dr Tanjung Malim sampai Taiping.. pas2 ayah ana amek ..sampai la parit Buntar..

hahaha..pengalaman..tp InsyaAllah ..ader hikmahnyer..ana x de lah sdey sgt.. biasa jjer..nangis time ckp ngan ayh jer.. walid(suami ust Halimah) pon kater .."Mesti ade hikmahnye.. sekarng mungkin kamu frust..tapi bile dah besar nanti..ia akan jadi satu pengalaman yang manis kepada kamu..

Betullah ape yang slaloo org katekan..lebih jauh perjalanan..lebih luas pengalaman..
ayah ana smalam..x tau la tdo kol bape..
Ustazah Halimah pon same.. ksian ustazah ngan ustaz rujhan..
yang pastinyer memang kami akn minta balek duit kami..

dan thankx gak kat K.Huda..ana saje jer bg tau(sms) ana terlepas train..tengok2..die bukan bls sms..siap tepon lagi..thankx sgt2 sbb ambel berat psal adek akk yang seorang niy..

x pe lah tu je utk kali niy...

Wassalam..

Rabu, 9 Jun 2010

Satu Harapan~



Bismillahirrahmanirrahim,...
(Mungkin dongeng semata...)Mungkin...

Tatkala ini aku meratap ..mnginsafi kelemahan diri...Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menetapkan takdir yang terbaik untuk diriku...Alhamdulillah Ya Allah..

Mengenangkan kembali saat pertama aku menjejak kaki ke SMAPK.. betapa ribuan keluhan timbul dalam hati juga termuntah di mulut.. Namun ..saat ini ..aku kembali sedar..nikmatnya aku dapat menetap disana.. dan menjadikan seolah -olah aku ditimpakan dengan satu tanggungjawab yang agak besar..-membimbing rakan2 ku di kampung kembali ke jalan yang lurus..

Semalam.. Ketika pulang dari tuisyen Cikgu Syah..dengan bahang sang suria menggigit badanku yang semakin berpeluh ini.. rakanku, Islah..memulakan bicara..
"Ha..Izzati .. ni..Aisyah (bukan nama sebenar..semua dalam ni bukan nama sebenar kecuali Izzati dan Cikgu Syah..) pesan kat aku..dia suruh aku bagitau hang.. Hang tau x ..Joyah sekarang dah pandai touching.." Aku dengan muka blurr bertanya kembali.. " Touching tu ape??"
"adooi..Izzati..hang ni kuno betul lah..Touching tu pegang2.."
"oowh..yer ke.. dengan sapa??" tanya ku lanjut.. "tak kan ngan pempuan kott..kalau x..aku x cakap la..dengan form4..hang tak kenal.."
Aku agak terkejut.."Gila apa...JOyah dah start touching..biar betul..rakan yang agak rapat dengan aku itu bersikap begini..sukar dipercayai.." detik hatiku..

"Bukan tu ja.. ada lagi..Saleha..lagi teruk..hang tau kan taman permainan kat belakang rumah aku tu..kan ada papan gelongsor yang dah lama..tu...ha..depa duduk berdua-duaan dalam tu..buat apa lagi..maksiatlah.."
Aku beristighfar panjang..Tapi memang aku kenal hati budi Saleha..Sejak di tahun6..aku sudah nampak temberangnya..apatah lagi sudah meningkat remaja..moga Allah mengurniakan Nur Nya satu hari nanti kepada sahabatku ini..

"Tak habis lagi..sekarang kisah Aminah pulak.. " "Aminah?? Eeeh..Aminah pun ada masalah..Biar betul.." Gadis yang berperwatakan lembut , sopan, cukup dengan sifat keperempuanan itu pun ada masalah..?? "Ada ada je lah diorang ni.." bisik hatiku..
Sambung rakanku.."Ini memang teruk ..dia merokok..buat banyak masalah disiplin, kes jenayah..sampai hari tu..kena gantung sekolah.. Dan ...yang hebatnya.." Islah terdiam..sengaja mungkin..ingin menimbulkan seribu satu persoalan dalam mindaku.. "Apa??"
"Dia hisap dadah.."

"Astaghfirullahal a'zim" ..Sekali lagi aku beristighfar panjang.. hatiku seolah-olah diremuk oleh berita yang amat mengecewakan itu.. Tak dapat aku bayangkan..wajah suci yang bertahun-tahun bersamaku itu kini rata2 sudah dicalari oleh musuh negara..dikuasai oleh nafsu yang menggila!

"Nau'zubillahi Min Zaalik" Ya Allah bala apakah ini?? Bagaimana boleh jadi sebegini..??
Ya Allah lindungilah kami dari hasutan Syaitan yang DIREJAM!!..

"ASTAGHFIRULLAH !! Islah..apa ni.." Aku mula berkata-kata setelah lama membiar mulut ini terkunci. "Ntahla..aku pon x paham dengan depa ni.. depa x sayang mak bapak ka? Dah x ingat dunia.. Yang pastinya..Aisyah suruh aku bagitau hang..sebab ..dia nak suruh hang bagitau depa..nasihat depa..ubah depa balik.."

Ubah mereka.?? Persoalan yang maha dahsyat timbul dalam hatiku.Mampukah aku sebagai insan yang lemah . Yang juga hina pada pandangan Sang Pencipta. Mungkin kerana aku satu2nya rakan terdekat mereka yang bersekolah di sekolah agama, mereka meletakkan tanggungjawab itu di bahuku. Ya Allah tanggungan ni amat berat untuk aku laksanakan.!! Tapi sesungguhnya aku tahu.. Allah tak melontarkan sesuatu ujian itu andai hambaNya tak mampu menanggunya. Tapi aku tidak pernah menghadapi situasi seteruk ini!!!
Seteruk2 aku betulkan orang hanyalah dalam sekecil2 perkara seperti couple, chat di laman web sosial dan yang seangkatan dengannya. Tidak pernah seberat ini. Ya Allah aku tak mampu. Aku tak mampu mengembalikan mereka ke jalan Mu.. Aku kebuntuan. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan..

Di hamparan sejadah sahaja mampu aku luahkan. Menangis, merintih agar diriku juga diri rakan2ku dikurniakan sinar Hidayah Nya yang terang.. yang mampu membersihkan hati ini dari noda2 hitam yang telah lama melekat di hati yang kelam ini..
Kini itu sahaja yang mampu aku lakukan. Menangis di hadapan Yang Maha Menerima Taubat.
Apakah langkahnya..aku sendiri tidak tahu. Apa yang boleh aku lakukan. Aku tinggal di asrama. Hidupku bukan bersama mereka. Aku sudah tidak kenal hati budi mereka yang jauh berbeza ketika kami masih di zaman kanak2 dahulu. Jauh berbeza. Aku hanya dengar dari mulut orang . Bukan melihat dengan mata kepalaku sendiri semua perkara ini terjadi. Semuanya terjadi ketika aku seronok bersama rakan2 dalam suasan bia'h solehah. Aku tak pernah memikirkan mereka di sini. Aku langsung lupa kerana merasa betapa bahagia hidup dalam suasana Islam yang aku inginkan. Di dalam mahligai yang amat aku cinta. Smap Kajang.
Ya Allah .. Di akhir kalam ini..Aku memohon agar Engkau tunjukkanlah aku jua rakan2 ku Hidayah Mu..Jangan..Jangan Ya Allah Engkau pesongkan hati-hati ini hingga kami jauh meninggalkan Engkau entah ke mana.. Limpahkan rahmatMU atas diri kami Ya Allah..Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Menerima Taubat...


P/s: Kepada pembaca..diharapkan agar dapat bersama berdoa akan perlindungan rakan2 ku ini dari sebarang perbuatan yang dikeji. Doakan mereka agar dapat menemui Hidayah Allah agar mereka segera bertaubat.. Amiin..Semoga perkara ini tidak betul2 terjadi atas rakan2 ku..
Sepenuh pengharapan dariku..

Jumaat, 19 Mac 2010

Diam itu Lebih Baik..


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label
'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?
"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang
.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan
diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

di cheap-lak dari iluvislam.com

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul



26/02/2010
tags:
by Abu Umair

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.


Sumber:iluvislam.com


FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa



Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnnya.

Khamis, 18 Mac 2010

Allah Maha Besar!! Kisah Memerang..



Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm..kali ini ana nak berkongsi mengenai satu ciptaan Allah yang begitu hebat..
Ana dapat niy dari buku Ana Muslim..

Untuk pengetahuan semua.. memerang merupakan satu mekhluk ciptaan Allah yang begitu hebat berenang..perenang yang hebat la..senang kata..

Memerang ialah sejenis mamalia yang mempunyai gigi dan kuku yang kuat. Kulitnya bewarna perang tua manakala bulunya halus dan lembut. Muncungnya berbentuk perisai dan dilitupi bulu.

Allah S.W.T. menjadikan memerang mahir berenang sebaik sahaja mereka dilahirkan. Memerang merupakan perenang yang hebat kerana memiliki kaki berselaput untuk menolak air dengan mudah. Ekor yang leper bertindak sebagai sirip. Telinga dan hidungnya dapat tertutup rapat untuk menghalang air daripada memasukinya. Selain itu, mata memerang mempunyai gogal semulajadi untuk melihat dengan jelas di dalam air.

Info!!
Memerang akan membasuh makanan setiap kali sebelum makan.! (kita basuh x??..he3..)
Sumber: Majalah Ana Muslim

Teriakan Ummu Aiman


Sekarang, kita dengarkan sedikit kisah tentang Ummu Aiman iaitu hamba kepada ibunda Rasulullah S.A.W.

Pada awalnya, Ummu Aimna bt Tsa'labah hanyalah seorang hamba. TUnannya ialah Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah S.A.W. semasa baginda kecil. Pada saat akhir hayat Aminah binti Wahab , Ummu Aiman berada di sisi Aminah. Peristiwa itu berlaku ketika Aminah menziarahi makam suaminya di Madinah. Beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Rasulullah S.A.w menjadikan Ummu Aiman sebagai ibu angkatnya dan sama sekali tidak melakukannya sebagai seorang hamba. Ketika Rasulullah S.A.W. telah diangkat menjadi nabi, Ummu Aiman memeluk agama Islam . dia dimerdekakan dan menjadi seorang muslimat.

Ketika berlaku perang Uhud, Ummu Aiman turut berangkat ke medan perang. Perang ini berlaku di antara kaum Muslimin dengan kaum Musyrikin Quraisy. perang Uhud terjadi di lereng gunung Uhud, di luar kota Madinah.

Pasukan Muslimin menerima serangan pihak musuh dari merata sudut. mereka berlari menyelamatkan diri. Ummu Aiman yang ditugaskan untuk merawat tentera yang cedera, segera bangkit. Dia mengambil senjata dan bertempur melawan musuh. Dia berteriak dengan suara yang lantang, "Hai para pengecut! Ambillah alat tenun dan menenunlah kalian bersama-sama perempuan di rumah! Serahkan senjata kalaian kepadaku, biar aku yang mara ke medan perang untuk menggantikan kalian!"

Ummu Aiman terus bertempur sambil berseru. Tentera Muslim yang lari itu berasa malu kerana telah lari dari medan perang. Padahal, mereka berperang membela agama Allah S.W.T. Bagi mereka yang gugur, disediakan pahala syurga di akhirat nanti. Lantas , mereka berpatah balik, kembali bertempur menghadapi musuh. Semangat mereka bangkit selepas mendengar teriakan Ummu Aiman.

Kesimpulannya, kita hendakah mencontohi semangat juang yang ditunjukkan oleh Ummu Aiman dalam menegakkan agama Islam Gunakan semangat dan keberanian ini pada landasan yang betul dan tepat.

Sumber : Majalah Ana Muslim

Rabu, 17 Mac 2010

Kenali 7 Golongan..


Rasulullah bersabda yang bermaksud :-
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan Nya pada hari kiamat iaitu hati yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; antaranya ialah :-

  1. Pemerintah yang adil

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kapada Tuhannya

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

4. Dua orang yang berkasih sayang kerna Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah

5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannnya lalu ia menolak dengan berkata " Aku takut kepada Allah"

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehinga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain ,lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan Jamal Allah.

Renungilah hadis di atas..Adakah kita tergolong dalam golongan di atas??
Tepuk dada tanya iman..

Sakit... Sebenarnya Satu Kenikmatan..


Bismillahirrahmanirrahim..

Sakit..
Ya.. itulah satu fenomena yang kita tidak ingin menghadapinya kerna ia boleh membuatkan kita sedih, lemah , tidak berdaya, dan yang sekutu dengannya..
Kita selalu menganggap kesakitan itu sebagai satu kesusahan atau musibah yang menimpa kita..
Adakah kita pernah terfikir.. bahawa.. kesakitan itu merupakan perkara yang perlu kita muhasabahkan??
Pernahkah kita terfikir?? (jawab..jgn x jawab!!)

JIwa seorang mukmin memandang kesakitan dan kesusahan itu sebagai ujian.. Ujian kesenangan dihadapi dengan kesyukuran mnakala ujian keskitan dan kesusahan dihadapi dengan kesabaran...
Kesabaran ini menuntut diri kita yang hina dina ini untuk merenung dan memikirkan sejenak dan memperbanyakkan muhasabah intuk memperbaiki diri..

Kesakitan dari Sudut Positif

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim melalui Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:-
"Tidak ada satu musibah kesusahan pun yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan mengampunkan dosanya disebabkan musibah itu, termasuklah walau sekadar duri yang dipijaknya"

Apabila direnung-renungkan hadis di atas, kesakitan sebenarnya memberi makna yang amat mendalam dalam diri seorang muslim iaitu pengampunan dosa..
Bukankah pengampunan dosa tanda kasih sayang Allah kepada kita??
Oleh itu bersabarlah kita apabila ditimpa musibah..
Sesungguhnya musibah itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah andai kita tempuhinya dengan penuh kesabaran..
Bukankah Rasulullah dahulu banyak ditimpa musibah??
Namun diri baginda tetap teguh bertaqwa kepada Allah..
Justeru itu, kita seharusnya mengucapkan syukur tidak terhingga andai ditimpa musibah.
Sakit itu merupakan penyejuk hati dan penenang jiwa bagi setiap Muslim. Ia menunjukkan keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita..
Kesimpulannya.. Ucapkanlah Alhamdulillah apabila kita ditimpa musibah kerana ianya adalah salah satu proses penyucian dosa...
Wallahua'lam..

~ULASAN DARI MAJALAH SOLUSI~

Hadis..




Hadis Qudsi..
Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Allah Berfirman, 'JIka hamba-Ku berniat melakukan keburukan ,jangan kalian (para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku, tulislah untuknya satu kebaikn. Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. JIka ia telah melakukannya , tulislah untuknya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda.'

Hadis ini membuktikan bahawa pemurahnya Allah itu.. Oleh itu kita sebagai umat Islam harus bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam.. dan sehingga kini masih dikekalkan nikmat Iman dan Islam itu dalam diri kita.. Fastabiqul Khairat.. Jangan mempersia-siakan masa yang ada..!

Alhamdulillah ..Syukur..


Huhu..rasa cam nak nangis pon ader..
Tp redha je lah..
Nak dikisahkan..
cuti penggal 1 niy ramai budak utara balek awal..hari khamis da balek ..(kena marah cikgu tau!)
kitorang naek train dr KL Sentral..
di KL Sentral..series ana cakap..ana x lapar langsung..so ana x makan la..
cuma makan sikit ais kacang yg adik form1 bg..(sikit ker??)
pastu..disebabkan x lapar.. ana pon x beli lah makanan utk dimakan dalam train..beli air jer..
kul 9 mlm..train smpai..
tp gerak kul 10 cam tuh..sejam tunggu..(tension!!)
train pon jalan..kul 1.30pg..tetibe jer..perut sakit..lapar..
ah..dah la x beli makanan..kantin..x tau kat mana..
hmm..biar je lah..
makin lama makin sakit.. dan sakit.. ana pon tanya akak sebelah.. die ade makanan x ??
katanya x der..yg ader pisang jer.. die pon bg lah 3/4 pisang tu kat ana..
Alhamdulillah..ader juge..tp x tahan lama..pastu sakit balek..
memang sakit la tunggu detik nak sampai rumah..
smpai jer destinasi..ana trus mengadu kat ayah..ayah suruh makan balek rumah..
ana pon mkan la sikit jagung yg ada..
esok tu memang truk lah,,, sakit smpai x leh bangun..smpai ke malam..
hr seterusnya.. reda sikit..tp ptg jadi balik.. hmm..mlm tu ajak ayah g klinik..
b4 g klinik.. mak bg minum teh kelat.. minum je kat setengah cawan..
terus rasa mual.. g tandas.. muntah! byk jiddan yg keluar..
pegi la klinik..doktor kata silap makan kut... die kata kalau esok x reda.. jmpa die balik..
esok tu agak reda..tp sikit jer..
selang 2 hr.. ana g jmpa doktor balek.. doktor kata ana kena...GASTRIK..!
ahh..ssedey la pule.. bukan sbb apa.. cuma trfikir camner nak tmpuhi hr mendatang..
dah la kalau sakit x leh diri lama.. camner perhimpunan nanti..?
tp..Alhamdulillah.. sepatutnya ana sebut.. ye lah.. ana spatutnyer.. bersyukur..Allah belum lagi tarik nyawa ana..
Masih ada peluang ana nak baiki diri ana..
mungkin ini pembalasan dosa yg Allah bg kat ana atas dosa2 ana yg terlalu banyak sehingga bahu kiri niy dh berat bertan-tan dah dipenuhi dosa2..
so kesimpulannya.. saper yg sakit tu.. jgn la cepat mengeluh..
Bersyukurlah kita masih HIDUP...!

Jumaat, 1 Januari 2010

Aku Benci Kau!

Hehe..baca bg abis tau..

Awak..awak.. ! awak nak tau x.. saya benci sangat kat awak.. waktu awak mula2 masuk skola dulu semua kawan saya + saya terkejut ngan sikap awk.. saya + kawan2 g dorm awak sbb nak sambut kedatangan awak sebagai rakan baru bcoz awk second intake.. tiba2 kami dikejtkan dengan satu prtanyaan awak mengenai PUTERA.. kitorang sebenarnya benci sangat nak dgr prkataan tu.. kat dorm saya..banyak orang kutuk awk...

Awak...awak...! saya masuk kelas hari tu.. tiba2 saya nampak wajah awk dalam kelas.. saya trkejut skit..tp wat x reti jer.. tp kan awak.. bila lama2 saya satu kelas ngan awak kan.. saya dah nak jadi org gila dah.. saya kesal ngan sikap awak.. time tu mcm2 saya cakap pasal awak.. itu masalah la.. ini masalah la..

Awak..awak..! awak tahu x.. lama2 saya dah bnci ngan awak.. awak niy byk msalah la..
saya cuma nak jd someone yg brtanggungjawab jer.. saya x nak tngok awak niy jd sama jer cam budak2 kat luar tu.. sosial...!

Tp kan..awak nak tahu x.. lama2..saya jadi makin bnci kat awak.. kadang2 dalam solat pon saya ingat awak.. kenapa? sbb saya kesian + marah + bnci kat awak..
saya kesia sbb awak tu ada masalah yg sgt besar.. marah sbb time saya tegur awak marah..awak x terima.. bnci sbb perengai awak tu lah..
mcm2 saya buat nak betulkan awak.. tp kebanyakannya x menjadi.. saya trpaksa tipu awak..saya trpaksa KHIANAT janji saya.. saya siap report kat ustazah + warden lagi..sbb nak selamatkan awak dr jatuh ke lembah kehinaa..n..

Awak tahu x.. hampir satu form x suke awak.. trmasuk saya.. saya susah sgt nak terima awak.. especially kalu awk wat baek.. lagi la saya bnci melihatnya..
saya hnya nmpak kegelapan jer dlm diri awk.. x de bnda laen.. x der sdikit nur mahupn ruang untk saya trima awk seadanya.. ape awak wat semua salah bagi saya..
sbb..byk sgt konflik yg berlaku dalam diri awk tahun niy..

tp kan awak.. saya nak bg tau niy.. nak dekat akhir thn 2009 niy ..saya tengok.....
awk niy laen la.. saya nampak mcm awk makin rapat ngan saya..sekali tu kan.. saya hairan ..saya jd imam solat asar kalau x silap.. lps habis solat.. awk salam saya.. tp caranya laen sikit.. awak cium tngan saya.. trdetik kat hati saya "knapa ngan die niy??"

lps habis exam kan.. awak selalu datang dok sebelah saya..p kantin ngan saya.. smbang ngan saya .. kongsi lagu nasyid ngan saya.. kongsi zikrullah ngan saya.. pas2.. hujung2 minggu.. awak dtg dorm saya sbb nak berbual...

lama2 kan awak.. baru saya sedar sekarang niy hati saya dah berubah..awk p0n same gak..dah berubah..Alhamdulillah.. Allah dah buka pintu hti saya nak terima awk.. ek eh.. awak..awak.. nak tanya niy..
awak pernah x dengar ayat niy ? " benci2 lama2 jd sayang.." pernah dgr x ?
awak tau x.. saya ingat bnda tu jd kat p0mpuan + laki jer.. tp x ..saya silap.. rupa2nya bley jd gak kat sahabat + teman..

hmm .yg best nyer.. bnda tu jd kat saya.. nak tau ngan sape? ngan awk la..
saya best sgt awak.. saya dpt pengalaman niy.. awk dr seorang bdk yg teruk..
tiba2 jd baek..akhirnya..sekarang niy ..awk cari saya balik dan cakap thank you kat saya bcoz byk tegur awk.. hmm. betullah.. saya dgr.. kalau kita nasihat seseorang tu.. walau die marah time tu..nanti die akn cari kite balik dan cakap time kasih..

psst..psst,.. awak..awak..saya nak bisik sesuatu niy.. > saya....sayyyyyy..........annnnggg...awak..< awak..awak ..saya hrap ukhuwah kita akan berkekalan sampai bile2.. kite nak cari keredhaan Allah..kite cri sama2 ek? kalau nak berubah..brubah sma2 ek? brubah ke baek la okey? .. dan satu lagi yg pnting.. Kalau nak masuk JANNATULLAH.. jgn lupa ajak saya.. okey ..saya rasa tu jer saya nak cite kat awak.. Assalamualaikum..

>p/s : bayangkan saya nanyi lagu niy depan awak..

Antara kita tiada rahsia,
Susah dan senang ..kita bersama,
Terpatri namamu kau x kan ku lupakan..

ukHuwAh fIllAh aBadAn abAdA..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...